Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Seorang Lagi Suspek Kes...

LAHAD DATU - Polis menahan seorang lagi lelaki dan merampas selaras bakakuk (senjata...

Kes Jong-nam Jadi Rujukan...

PUTRAJAYA - Insiden pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam,...

Kehidupan Bella Kini Lebih...

Kuala Lumpur : Selepas dua bulan kes penderaan dan penganiayaan remaja Sindrom Down...

Palestin: PAS Ucap Tahniah...

KUALA LUMPUR - PAS mengucapkan tahniah kepada wakil kerajaan Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa...

[PAU 2021] Puteri UMNO Mahu PRU-15 Segera

KUALA LUMPUR : Pergerakan Puteri UMNO menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan mewakili wanita muda parti itu kini bersemangat mendapatkan kemenangan dalam PRU-15.

“Sebelum tonik beransur kendur, saya menyambut seruan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan dalam ucapan perasmiannya untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil langkah menyegerakan pembubaran Parlimen supaya PRU-15 boleh diadakan.

“Kita berada di gear empat dan hendak masuk gear kelima. Kita hendak memecut kereta kita ke garisan penamat supaya dapat meraih kemenangan yang mutlak.

“Kita perlu menebus semula maruah kita yang hilang dalam perlumbaan PRU-14. Jangan lemahkan semangat kami. Jangan pandang rendah dengan wanita muda sebab kami boleh menjadi jantan daripada setengah jantan yang ada,” katanya dalam ucapan dasarnya.


Terdahulu, UMNO akan memutuskan sama ada menyegerakan PRU-15 akan diangkat sebagai usul Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu malam ini.

Mohamad yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) berkata, ia akan diputuskan selepas mengambil kira pandangan dan kehendak akar umbi parti.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori