Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pinda Akta Bantuan Guaman...

KUALA LUMPUR – Pindaan Akta Bantuan Guaman 1971 yang antara lain bertujuan...

Ben Affleck Dipilih Favorite...

ATAS keprihatinan membantu insan memerlukan, Ben Affleck dipilih memenangi anugerah khas Favorite Humanitarian pada majlis People's...

Rasuah: SPRM Tahan 3...

KUALA LUMPUR - Tiga pemain pasukan bola sepak Malaysian Indian Sports Council-Malaysia Indian...

Tukang ‘Kerat’ Mungkin Ke...

WARGA Bangladesh, Abdul Rahim, 49, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini,...

PDRM Tiada Kompromi Kes Dadah

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang dikesan terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah termasuk artis atau selebriti.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan pihaknya akan menahan semua pihak terlibat tanpa mengira latar belakang mereka.

Katanya, kertas siasatan akan dibuka bagi individu yang ditahan sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Polis tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu yang terlibat dadah tanpa mengira sama ada dia ustaz, tok guru, penjawat awam atau orang politik.

“Kita akan tangkap, buka kertas siasatan dan hantar ke AGC yang kemudian akan melihat sama ada lengkap bukti untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Kosmo! kelmarin melaporkan polis menahan seorang penyanyi nasyid kerana disyaki memiliki dadah dan menanam pokok ganja di sebuah kondominium di Kota Damansara, di sini.

Suspek lelaki berusia 47 tahun terbabit ditahan pada pukul 5.30 petang Khamis lalu selain merampas dua plastik lutsinar berisi daun kering disyaki ganja seberat 214 gram di dalam rumah itu yang dianggarkan bernilai RM10,700.


Jelas Ayob Khan, bagi peringkat JSJN, pihaknya sentiasa akan melengkapkan kes.

Tambah beliau, pihaknya tiada skuad khas bagi memantau penglibatan artis dalam kegiatan dadah kerana ia dijalankan kepada semua individu tanpa mengira status.

“Kita akan menangkap semua yang terlibat sama ada artis atau sebaliknya.

“Jangan hanya fokus kepada artis sahaja kerana tangkapan turut melibatakan penjawat awam, guru dan ahli politik,” katanya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori