Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pengusaha Restoran & Kedai...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 30,000 pengusaha restoran dan kedai makan di seluruh negara...

TERKINI: Angka Korban Turkiye-Syria...

ANTAKYA: Angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria meningkat kepada hampir...

Nasharudin Mengaku Tak Bersalah...

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa hari...

Ronaldo ‘Malas’ Komen Krisis...

PERPINDAHAN Cristiano Ronaldo ke Juventus ternyata memberi impak kepada Real Madrid. Malah, prestasi Real...

Pemandu Lori Tampar Anak Tiri Tampil Ke Balai

Shah Alam : Pemandu lori yang memukul anak tirinya berusia lima tahun di Taman Sri Muda, dekat sini, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, tengah malam tadi.

Suspek berusia 30 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam pada jam 12.30 tengah malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol berkata, berdasarkan siasatan, kejadian dipercayai berlaku ekoran kanak-kanak itu berbohong bahawa bapa tirinya itu memukulnya.

“Ini menyebabkan suspek marah sebelum menampar anak tirinya.

“Tiada kelihatan sebarang kesan kecederaan pada kanak-kanak itu namun mangsa sudah dirujuk kepada hospital untuk tindakan seterusnya,” katanya dalam kenyataan.


Beliau berkata, suspek direman tiga hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Semalam, media melaporkan pemandu lori itu diburu selepas satu rakaman video dia menampar serta memulas tangan kanak-kanak lelaki tular di media sosial.

Satu laporan polis turut dibuat seorang wanita berusia 25 tahun iaitu ibu kepada kanak-kanak itu berhubung tindakan suaminya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori