Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Beberapa Kawasan Di Lebuhraya...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik dari ibu negara menghala ke Lebuhraya Utara-Selatan (Plus)...

Khairy Optimis Skuad Polo...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin melaungkan keyakinan terhadap kemampuan...

Tuan Ibrahim Tuan Man...

KOTA BHARU - PAS Kota Bharu pada Isnin telah memecah tradisi dengan mencalonkan...

Persiapan Kenduri Terbantut Rumah...

TAWAU - Hasrat seorang penghuni di Lorong Haji Sundu di Km 3.2, Jalan...

Pemimpin G7 Ikrar Pastikan Putin Bertanggungjawab

BRUSSELS – Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) negara pada Khamis mengecam operasi ketenteraan khas Rusia ke atas Ukraine dan sepakat bahawa Presiden Rusia Vladimir Putin perlu bertanggungjawab atas perbuatan itu, lapor Jiji Press.

“Untuk tujuan itu, kami akan terus jalin kerjasama dengan sekutu dan rakan kongsi kami di seluruh dunia,” menurut kenyataan pemimpin G7 pada mesyuarat tergempar di Brussels.

Mereka juga menyokong pengumpulan bukti jenayah perang.

G7 mendesak Rusia mengundurkan pasukan tentera dan peralatannya dari seluruh wilayah Ukraine.

Mereka turut menggesa “semua negara tidak menawarkan sokongan ketenteraan atau bantuan lain kepada Rusia dalam operasinya di Ukraine” susulan kebimbangan China dikatakan mungkin menawarkan bantuan ketenteraan atau membantu Moscow memintas sekatan.

Semua pemimpin G7, termasuk Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menyertai sidang kemuncak itu, yang turut disertai Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy secara maya.


“Kami akan terus berdiri bersama masyarakat antarabangsa, dalam mengutuk operasi ketenteraan Rusia yang mengakibatkan penderitaan serta kematian,” menurut pemimpin G7.

Selain berikrar melaksanakan sekatan sepenuhnya ke atas Rusia seperti sedia ada, negara-negara G7 turut bersedia untuk mengenakan langkah tambahan yang diperlukan.

Pemimpin G7 juga memberi amaran terhadap sebarang ancaman penggunaan senjata kimia, biologi dan nuklear atau elemen berkaitan, sambil menggesa Rusia mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh membahayakan tapak nuklear.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori