Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Masuk Pasar Chow Kit...

POLIS memperketatkan kawalan di pasar Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur, dalam melaksanakan Perintah...

Perkim Tumpu Usaha Bantu...

PUTRAJAYA - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) tetap komited untuk melakukan kerja-kerja kemasyarakatan...

Ucapan Murtad Bukan Kalimah...

SHAH ALAM - Ucapan murtad bukan kalimah yang boleh dijadikan mainan semata-mata diungkapkan...

Didakwa Sindir Fattah, Shila...

BEBERAPA hari lalu pengacara terkenal, Jihan Muse meluahkan rasa 'tidak puas hatinya' di...

Pengundian Di SK Taman Rinting 1 Lancar, Patuh SOP

PASIR GUDANG : Proses pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bermula hari ini berjalan lancar dengan orang ramai membuang undi mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Seawal jam 7 pagi lagi, orang ramai dilihat mula beratur untuk menunaikan tanggungjawab walaupun proses pengundian hanya bermula jam 8 pagi.

Tinjauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rinting 1, dekat Masai, di sini, mendapati orang ramai tiba awal untuk beratur dan membuat imbasan MySejahtera, serta semakan maklumat peribadi sebelum dibenarkan memasuki saluran pusat pengundian masing-masing.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin antara 4,723 pengundi yang membuang undi di pusat pengundian berkenaan.

Bekas Menteri Besar Johor itu ketika ditemui, mengakui bangun seawal jam 5.30 pagi untuk bersiap ke pusat pengundian berkenaan bagi mengelak kesesakan.

“Kita tahu dan saya percaya ramai akan gunakan peluang serta hak mereka kali ni untuk mengundi. Jadi untuk mengelak kesesakan, saya keluar awal pagi kerana selepas ini, saya boleh meninjau proses perjalanan pengundian hari ini.


“Saya bangun tadi rasa biasa saja, tapi saya rasa insya-Allah Barisan Nasional (BN) boleh menang,” katanya yang selesai membuang undi kira-kira jam 8.30 pagi.

Sementara itu, Penyelia Pusat Mengundi berkenaan, Mohd Ghazali Hamat berkata, pusat mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas itu memiliki lapan saluran membabitkan 4,723 pengundi.

“Seramai lapan anggota polis dan 60 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sentiasa memantau keadaan bagi memastikan kelancaran proses pengundian dan pematuhan SOP,” katanya.

Kerusi DUN Permas menyaksikan persaingan lima penjuru membabitkan calon BN, Baharudin Mohamed Taib; selain Tazul Arifin daripada Perikatan Nasional (PN), Mahaya Ahad daripada Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Syed Othman Syed Abdullah daripada Pakatan Harapan (PH) serta Mohamed Ridza Busu (Parti Warisan Sabah (WARISAN).

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori