Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rumah Rentung Ketika Pemilik...

KUALA TERENGGANU - Walaupun hasrat seorang suri rumah ingin mencari kerja terkubur, namun...

Kesaksamaan Penulisan Berita Sumbang...

KUALA LUMPUR – Penulisan berita di negara berbilang kaum tanpa menjejaskan perpaduan masyarakat...

Kibar Bendera Separuh Tiang,...

SHAH ALAM: Kerajaan negeri mengarahkan semua jabatan dan agensi kerajaan di seluruh negeri...

Pengguna WhatsApp Harus Tingkat...

SHAH ALAM - Pengguna aplikasi WhatsApp di negara ini harus mempertingkat kawalan kendiri...

Peniaga Bazar Diingat Tidak Naik Harga Melampau

KUALA TERENGGANU : Peniaga bazar Ramadan di negara ini diingatkan agar tidak meletakkan harga juadah secara melampau hingga membebankan pengguna.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, sebarang penentuan harga perlulah munasabah dengan kos bahan mentah yang terpaksa ditanggung.

Katanya, dalam sistem ekonomi terbuka, peniaga boleh menentukan harga jualan barangan termasuk melakukan perubahan harga seiring kos ditanggung, tetapi masih tertakluk kepada Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

“Kementerian mempunyai kuasa untuk menyiasat seluruh rantaian perniagaan daripada pengeluar hingga ke peruncit berdasarkan bukti-bukti invois pembelian yang diminta dikemukakan kepada kita.

“Kalau siasatan mendapati wujud unsur pencatutan, maka tindakan tegas akan diambil mengikut AKHAP 2011,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Apresiasi bersama Media di sini malam tadi.


Baru-baru ini, Yang Dipertua Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Kedah, Baharudin Mohd. Ali menjangkakan harga makanan yang dijual di bazar Ramadan dijangka meningkat antara 20 hingga 30 peratus bagi menampung kos peningkatan harga bahan mentah dan sewa tapak daripada pihak kerajaan tempatan (PBT).

Katanya, kenaikan harga barangan itu tidak dapat dielakkan demi kelangsungan peniaga-peniaga kecil.

Bayangan kenaikan tersebut turut diluahkan peniaga dan persatuan peniaga di Selangor, Perak dan Negeri Sembilan yang terpaksa membuat pilihan sama ada bersedia menjual dengan harga makanan lebih mahal atau tidak berniaga.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori