Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Pengerusi NACC Tarik Diri...

BANGKOK – Pengerusi Suruhanjaya Anti Rasuah Negara (NACC) Thailand membuat keputusan menarik diri...

Sepanduk Rajinikanth Langgar Arahan...

BARISAN sepanduk dan papan tanda menghebahkan kehadiran pelakon yang kini ceburi bidang politik,...

Hafizh Syahrin Tak Ingin...

TANGKAK – Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang beraksi di Perlumbaan MotorGP...

Keluarga Nureen Ain Berhasrat...

KUANTAN - Datuk kepada Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10, yang mati lemas...

Penyanyi Nasyid Tiba Di Mahkamah Kes Tanam Ganja

PETALING JAYA : Penyanyi nasyid yang ditahan polis kerana disyaki memiliki dan menanam pokok ganja di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara di sini, baru-baru ini tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, untuk didakwa.

Penyanyi berusia 47 tahun, yang memakai baju-t hitam tiba di mahkamah kira-kira 10 pagi diiringi anggota polis.

Semalam, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata penyanyi terbabit akan didakwa atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 39B dan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Media sebelum ini melaporkan, kegiatan penyanyi nasyid yang juga komposer muzik menanam pokok ganja terbongkar selepas kediamannya diserbu polis.

Dalam serbuan pada 5.30 petang, polis menemui 17 pokok dalam pasu disyaki ganja di salah sebuah bilik, balkoni rumah dan dalam almari baju.


Mohamad Fakhrudin sebelum ini dilaporkan berkata, polis turut menemui dua plastik berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 214 gram, cecair pemusnah serangga, alat pengukur kandungan PH air, alat penyukat suhu, lampu, alat menyiram tanaman dan alat pengudaraan.

Siasatan polis mendapati, pokok ganja yang ditemui itu adalah untuk kegunaannya sendiri.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori