Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tidak Bercadang Wujud Mahkamah...

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum bercadang mewujudkan satu mahkamah khas bagi membicarakan kes-kes...

Pemuda Jual Petai Lapor...

GEORGE TOWN - Seorang pemuda yang terpaksa menjual petai bagi mengumpul wang untuk...

Khir Toyo Rebah Selepas...

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dikejarkan ke...

Arahan Kad Prabayar Pada...

PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menangguhkan arahan kepada syarikat telekomunikasi untuk...

Perang Russia-Ukraine Ancam Program Makanan Sedunia

NEW YORK: Serangan Russia terhadap Ukraine dikhuatiri mengancam Program Makanan Sedunia (WFP) yang bertanggungjawab membantu kira-kira 125 juta individu di seluruh dunia.

Menurut agensi di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, Ukraine, yang sebelum ini dikenali sebagai ‘bakul makanan dunia’, kini penduduknya sendiri terpaksa berbaris bagi mendapatkan bekalan roti.

Pengarah Eksekutif WFP, David Beasley, semalam memberi amaran bahawa perang terbabit bukan saja berisiko memusnahkan program terbabit, malah akan menukar peranan Ukraine yang sebelum ini bertindak sebagai pembekal makanan dunia.

“Ia bukan saja memusnahkan Ukraine dan rantau ini secara dinamik tetapi akan mempunyai kesan dalam konteks global melebihi apa yang kita lihat sejak Perang Dunia Kedua,” katanya,

Beliau berkata demikian dalam taklimat kepada kepada 15 anggota Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Beasley berkata, sebanyak 50 peratus daripada bijirin yang dibeli oleh WFP, iaitu cawangan bantuan makanan PBB adalah dihasilkan oleh Ukraine.

Justeru, katanya, perkembangan terkini yang berlaku di Ukraine akan menjejaskan program bantuan makanan WFP.

“Hasil tanaman akan berkurang sehingga 50 peratus tanpa adanya baja. Jadi, kami sedang melihat kemungkinan paling buruk boleh berlaku dalam tempoh beberapa bulan ini.

“Krisis menjadi lebih parah lagi dengan kekurangan produk baja kerana sebahagian besarnya diimport dari Belarus dan Russia manakala kebanyakan golongan petani Ukraine kini bertempur di barisan hadapan,” katanya.

Tambah Beasley, sebelum serangan Russia pada 24 Februari lalu ke atas negara jiran Ukraine, WFP sudah pun bergelut dengan harga bahan api dan makanan yang tinggi serta kos penghantaran.


Katanya, semua perkembangan itu memaksa WFP mengurangkan catuan untuk jutaan orang di tempat seperti Yaman.

Beliau juga memberi amaran, sekiranya konflik di Ukraine tidak ditamatkan, dunia akan menerima kesannya.

Malah, WFP mungkin mencapai tahap terdesak sehingga terpaksa mengambil makanan daripada kanak-kanak yang lapar untuk diberi kepada golongan yang kebuluran.

Duta Besar Russia ke PBB, Vassily Nebenzia, menolak tuduhan bahawa tindakan Moscow di Ukraine menyebabkan pergolakan serius dalam pasaran makanan global, sebaliknya menyalahkan sekatan Barat terhadap Russia sebagai punca.

Russia menggelarkan pencerobohannya sebagai ‘operasi ketenteraan khas’ yang bertujuan untuk memusnahkan infrastruktur ketenteraan Ukraine.

Perhimpunan Agung PBB yang dianggotai 193 orang amat kesal dengan pencerobohan Russia dan menuntut ia mengundurkan tenteranya.

Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Wendy Sherman, memberitahu UNSC bahawa sekatan yang dibuat tidak memburukkan lagi krisis makanan global.

“Tanggungjawab untuk melancarkan perang ke atas Ukraine dan untuk kesan perang terhadap keselamatan makanan global terletak sepenuhnya pada Presiden Vladimir Putin,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori