Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jenazah Bekas KSU KDN...

SHAH ALAM - Jenazah bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk...

Terbangkan Dron Di Kawasan...

KUALA TERENGGANU - Menerbangkan gajet 'dron' di kawasan stesen pemancar adalah di larang...

Sri Lanka Umum Muflis

COLOMBO – Kerajaan Sri Lanka memberi isyarat bahawa negara itu kini telah muflis...

Cuaca Panas Dijangka Kembali...

KUALA LUMPUR - Cuaca panas akibat fenomena El-Nino yang melanda negara ketika ini...

Perbicaraan Kes Pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB Ditangguhkan

KUALA LUMPUR : Perbicaraan kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, ditangguhkan kepada 28 Mac ini berikutan peguam bela bekas Perdana Menteri itu masih berada di luar negara.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustafa P Kunyalam, berkata pihak yang terbabit dimaklumkan bahawa peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan tiba dari London, esok, dan perlu menjalani kuarantin selama lima hari.

Beliau memberitahu perkara itu kepada media selepas prosiding kes disebut di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Catherine Nicholas.

Kedua-dua tertuduh hadir di mahkamah, hari ini.

Difahamkan, Muhammad Shafee ke London dalam usahanya untuk mendapatkan peguam kanan dari United Kingdom (QC) untuk mewakili Najib yang dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Perkara itu disahkan oleh peguam, Datuk N Sivananthan yang mewakili Arul Kanda.

Sehubungan itu, mahkamah menangguhkan kepada 28 hingga 31 Mac ini untuk menyambung perbicaraan.


Pada tarikh itu, perbicaraan akan bersambung dengan mendengar keterangan saksi ke-13 pendakwaan, iaitu bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukan beliau ketika itu untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 44, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 23(1) dan 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori