Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Permohonan Khalid & Ismail...

KUALA LUMPUR - Permohonan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan...

Pencalonan GTA Di DUN...

PEKAN - Borang penamaan calon Gabungan Tanah Air (GTA) bagi Dewan Undangan Negeri...

Serangan Militan Ragut Nyawa...

PESHAWAR : Perdana Menteri sementara Pakistan, Anwaar-ul-Haq Kakar, mengesahkan 11 buruh terbunuh dalam...

Wanita Warga Thailand Maut...

KUALA TERENGGANU - Seorang wanita warga Thailand maut selepas tertimbus tanah ketika melakukan...

Perdana Menteri Umum Pembukaan Sempadan Negara Petang Ini

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan mengumumkan hala tuju baharu pengurusan pandemik COVID-19 negara pada jam 5.30 petang ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pada sidang media itu juga, Perdana Menteri dijadual akan mengumumkan perancangan negara membuka sempadan antarabangsanya.

“Ismail Sabri akan umumkan hala tuju pengurusan pandemik dan perancangan pembukaan sempadan antarabangsa negara pada jam 5.30 petang ini,” ciapnya di Twitter beliau sebentar tadi.

Sidang media itu dijadual berlangsung di Bilik Media Parlimen, di bangunan Parlimen petang ini, turut disiarkan secara langsung menerusi beberapa platform Facebook (FB) Live.

Khairy sebelum ini memaklumkan Kabinet sudah bersetuju dengan tarikh pembukaan sempadan itu.


BH sebelum ini melaporkan, kerajaan menjangkakan membuka pintu sempadan negara sepenuhnya pada awal suku kedua tahun 2022 selepas selesai menyediakan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) tidak lama lagi.

KKM juga diarahkan untuk menyediakan garis panduan bagi pembukaan sempadan berkenaan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori