Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

BR1M 2016 Naik, Manfaatkan...

KUALA LUMPUR - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2016 untuk isi...

Bangunan Tambahan Hospital Tanah...

TANAH MERAH - Sebahagian daripada blok bangunan tambahan Hospital Tanah Merah yang sedang...

Abang Bomba Sado Curi...

KERJAYA sebagai ahli bomba sememangnya sangat mencabar. Ahli bomba dipanggil bukan saja untuk memadamkan...

MH17: Jenazah Meling Mula...

BINTULU - Jenazah seorang daripada mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17,...

PERKESO, MRC Rangsang Pengambilan Tenaga Kerja Tempatan Dalam Industri Getah

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Majlis Getah Malaysia (MRC) menjalankan kerjasama strategik dua hala bagi merangsang pengambilan tenaga kerja tempatan dalam industri getah negara.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Insentif yang dilaksanakan itu turut bermatlamat untuk menyokong dan mengukuhkan usaha kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan negara terhadap pekerja asing yang sekali gus akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dalam industri berkenaan.

Sehubungan itu, PERKESO dan MRC telah memeterai perjanjian melalui satu Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini, ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Ketua Pegawai Eksekutif MRC Nor Hizwan Ahmad.

Mohammed Azman berkata selaku penyedia Perkhidmatan Pekerjaan Awam melalui portal MYFutureJobs, PERKESO dapat membantu merancakkan pasaran buruh negara menerusi tawaran pekerjaan kepada pencari kerja tempatan khususnya dalam industri getah.

“PERKESO juga akan membantu meningkatkan bekalan tenaga kerja kepada majikan berdaftar di bawah MRC dan membantu menurunkan kadar pengangguran negara,” katanya dalam kenyataan bersama oleh PERKESO dan MRC.

Menerusi kerjasama itu, PERKESO akan membantu mempromosi peluang kerjaya yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat di bawah MRC kepada orang ramai khususnya kepada pencari kerja aktif dari kawasan luar bandar.

Ia merangkumi penganjuran aktiviti seperti sesi temu duga terbuka, program kebolehpasaran pekerjaan, webinar kerjaya, karnival pekerjaan dan sebagainya.


Usaha itu disokong oleh inisiatif JaminKerja-Insentif Penggajian (JKIP) di bawah Bajet 2022, di mana majikan yang berdaftar di bawah MRC dan membuat pengambilan pekerja bermula 1 Januari, 2022 layak untuk memohon dan menerima insentif kewangan JKIP ini.

“Di samping JKIP, PERKESO juga akan berusaha merangsang pekebun kecil untuk berdaftar dengan dengan kami di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dengan menyediakan bantuan pembiayaan pakej SKSPS mereka untuk tempoh masa tertentu,” kata Mohammed Azman.

Beliau menjelaskan bahawa inisiatif itu adalah bertujuan meningkatkan perlindungan keselamatan sosial kepada individu bekerja sendiri yang berdaftar di bawah MRC.

Sementara itu, Nor Hizwan berkata Dana Pengambilan Pekerja Tempatan 2.0 yang telah ditambah baik itu akan melengkapi inisiatif Perkeso yang bukan sahaja dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara ini, malahan membantu mengurangkan beban majikan dalam menghadapi masalah berkaitan pekerja asing.

MRC telah memperkenalkan Dana Pengambilan Pekerja Tempatan buat kali pertama pada tahun 2020 untuk menggalakkan penyertaan pekerja tempatan dalam industri getah.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori