Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tak Akan Berhenti...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan berhenti mencari jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia...

Australia Belanja A$3 Bilion...

AUSTRALIA memulakan program menyaingi pengaruh ekonomi China di Pasifik dengan bantuan bernilai hingga...

Cari Aktiviti Manfaatkan Luar...

SEREMBAN - Semua pihak berkepentingan perlu mencari jalan dan pendekatan berkaitan aktiviti di...

Rakyat Selangor Dihina, MB...

MEMANG patutlah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dihina pemimpin PAN negeri...

Perkhidmatan Google News Dihadkan Di Rusia

MOSCOW – Pihak penguat kuasa peraturan media Rusia telah mengehadkan akses Google News ke negara tersebut yang didakwa menyiarkan maklumat palsu mengenai serangan Rusia di Ukraine, lapor agensi berita Rusia pada Rabu.

Keputusan itu diambil berikutan permintaan yang dibuat oleh Pejabat Pendakwa Raya Rusia, menurut kenyataan pihak penguat kuasa peraturan media di negara berkenaan, Roskomnadzor.

Perkhidmatan berita dalam talian memberikan akses kepada banyak penerbitan dan bahan yang mengandungi maklumat palsu mengenai operasi ketenteraan khas di wilayah Ukraine, kata kenyataan itu.

“Google telah mengesahkan sejumlah orang sukar untuk mengakses laman web Google News di Rusia dan ia bukan disebabkan oleh masalah teknikal,” kata jurucakap syarikat Google.


“Kami bekerja keras untuk memastikan perkhidmatan maklumat seperti berita dapat diakses di Rusia,” tambah jurucakap berkenaan.

Sejak bermulanya campur tangan Rusia di Ukraine pada 24 Februari lalu, pemerintah Rusia bertindak memperketatkan kawalan terhadap maklumat di internet.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori