Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Selangor Mohon Soal Balas...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kerajaan Selangor...

Tiada Cukai Baharu Tahun...

KUALA LUMPUR : Kerajaan berpendapat sebarang sistem percukaian baharu, termasuk syor pengenalan semula...

2 Abang Didakwa Cederakan...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang didakwa bersama abangnya atas dua pertuduhan mencederakan...

Dr Mahathir Saman Zahid...

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman fitnah terhadap Pengerusi Barisan Nasional...

Pesakit Terima Jantung Babi Meninggal Dunia

WASHINGTON – Individu pertama yang menerima pemindahan jantung daripada babi yang diubah suai secara genetik telah meninggal dunia, kata pihak hospital di Amerika Syarikat pada Rabu.

David Bennett, 57, telah menerima pemindahan jantung haiwan itu pada 7 Januari lalu dan meninggal dunia pada 8 Mac, kata Sistem Perubatan Universiti Maryland dalam satu kenyataan.

Dia meninggal dunia lebih dua bulan selepas melakukan pemindahan organ tersebut.

“Tiada punca jelas yang dikenal pasti ketika kematiannya,” kata seorang jurucakap hospital kepada AFP.

Sebelum kematiannya, keadaan kesihatan Bennett mula merosot yang melibatkan masa selama beberapa hari.

“Selepas didapati tidak akan sembuh, dia diberi penjagaan yang penuh dengan belas kasihan. Dia dapat berkomunikasi dengan keluarganya pada waktu-waktu terakhirnya,” kata satu kenyataan hospital.


Bennett mendapatkan rawatan di hospital di negeri Maryland pada Oktober 2021.

Dia terbaring di atas katil dan mendapat bantuan hayat kecemasan.

Bennett dianggap tidak layak untuk menerima pemindahan organ manusia iaitu keputusan yang dibuat apabila si penerima mempunyai kesihatan asas yang sangat teruk.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori