Apakah rahsia disebalik langkah Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggunakan logonya sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor?
Mengapa tidak seperti DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) menggunakan bendera Pakatan Harapan (PH).
Sedangkan PKR masih anggota PH dan saling bekerjasama dengan DAP dan PAN dalam berdepan PRN Johor?
Jawapannya inilah muslihat PH untuk memperdayakan Melayu Johor sekali lagi. Mengharapkan Melayu Johor tertipu buat kali kedua.
PH tahu logo PH sudah tidak relevan dalam kalangan majoriti pengundi Melayu, tetapi kerusi ditandingi PKR ramai pengundi Melayu.
Justeru, PH berharap mana-mana orang Melayu Johor yang masih kurang celik perkembangan politik tidak tahu PKR masih bersama PH.
Walhal setiap undi kepada PKR bermaksud undi kepada PH yang turut dibarisi DAP dan PAN. Betapa musibat politik auta tahap tertinggi tersebut.
Mungkin ada yang memandang sinis pendapat ini kerana mana mungkin ada lagi rakyat Malaysia tidak tahu bahawa PKR bersama PH.
Namun inilah realitinya. Hakikatnya masih ada rakyat Malaysia terutama yang kurang ambil peduli tentang politik mengerti perkara-perkara seperti ini.
Mereka tidak tahu bahawa PKR masih PH kerana PKR menggunakan bendera sendiri. Mereka juga tidak tahu parti MUDA adalah sekutu PH.
Barangkali itu sememangnya strategi PH untuk mengelirukan pengundi selepas menyedari rakyat menolak mereka selepas PRU-14.
Jadi kali ini seluruh Melayu Johor kena benar-benar bermuafakat supaya tidak masuk perangkap baharu PH untuk mereka.
Saling memberi kesedaran kepada pengundi Melayu Johor PKR adalah PH. Kita kasi hentam mereka kaw-kaw kali ini kerana penipu tetap penipu!
Mynewshub-