Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

MADA Perkenal Silibus Sembur...

ALOR SETAR ā€“ Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) memperkenalkan silibus pembelajaran penggunaan dron...

Pemandu Langgar Empat Beranak...

KUALA LUMPUR: Pemandu pacuan empat roda yang tular di media sosial kerana melanggar...

Pemilik Rugi RM300,000 Selepas...

KOTA TINGGI - Seorang pemilik rumah rakit di Kampung Teluk Sengat, di sini,...

FELCRA Keluar Ayam, Daging,...

Kuala Lumpur : FELCRA Berhad akan mula mengeluarkan ayam daging, beras dan minyak...

PH Gesa RUU Anti Lompat Parti Diluluskan Dalam Sidang Parlimen

SHAH ALAM – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa agar Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti segera dibentang dan diluluskan pada mesyuarat Parlimen kali ini sepertimana yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perkara itu ditegaskan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menerusi kenyataan bersama pada Rabu.

“Pimpinan utama PH akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dalam masa terdekat (berhubung perkara ini),” kata mereka.

Pada Januari lalu, media melaporkan RUU Anti Lompat Parti akan dimuktamad dan dibentangkan dalam sesi Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-14 yang berlangsung dari 28 Februari hingga 24 Mac.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pembentangan tersebut selaras saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu ia disegerakan.

Mereka berkata, Majlis Presiden PH juga menerima keputusan rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Majlis Presiden PH turut mengakui kelemahan mereka termasuk dalam isu pertandingan pelbagai penjuru oleh parti pembangkang sendiri, logo, peratusan keluar pengundi yang rendah serta aspek penerangan dan komunikasi PH berhubung isu-isu semasa yang telah menyebabkan parti itu hanya memenangi 12 kerusi.

“PH akan berusaha mengatasi kelemahan-kelemahan ini dengan segera terutama dengan mengatur semula strategi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Kelemahan-kelemahan ini tidak boleh diatasi oleh satu parti atau dengan satu ikhtiar sahaja, tetapi perlu diurus bersama dan secara menyeluruh,” ujar mereka.


Oleh itu, menurut mereka, beberapa perkara akan dilaksana segera termasuk konvensyen dan pemukiman pimpinan Pakatan Harapan untuk menggilap semula idealisme perjuangan PH dan penyokong-penyokong serta membincangkan persiapan keseluruhan bagi menghadapi PRU15.

Mereka menjelaskan, PH juga akan berusaha merangkul seluruh kekuatan yang sedia menolak kerakusan dan rasuah demi membina kerjasama di kalangan parti-parti pembangkang agar dapat bersama dalam usaha menolak Barisan Nasional (BN).

Kata mereka, parti-parti pembangkang tidak harus bertanding hanya di kawasan PH yang akan mengurangkan undi parti tersebut lalu secara tidak langsung meningkatkan peluang kemenangan BN.

“Kami terus bertekad menetapkan dasar-dasar ekonomi mampan yang mampu menyelesaikan masalah-masalah rakyat seperti isu pengangguran, kos sara hidup, pengurusan pandemik.

“Covid-19 termasuk isu prosedur operasi standard (SOP) dan kompaun pelanggaran, kenaikan tarif elektrik untuk perniagaan, tambahan cukai, serta kesempitan hidup rakyat.

“Negara kita mesti diselamatkan dari gejala rasuah dan urus tadbir yang pincang,” tegas mereka.

-Sinar Harian

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori