Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Peniaga Bazar Ramadan Diminta...

LARUT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta peniaga bazar...

Lelaki Warga Israel Disambung...

KUALA LUMPUR: Lelaki warga Israel yang ditahan kerana memiliki enam pucuk pistol bersama...

Akta Hasutan 1948 Bukan...

JOHOR BAHRU - Akta Hasutan 1948 bukan alat politik untuk menutup ruang kritikan...

Akta Pemuliharaan Hidupan Liar...

SEREMBAN - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sedang dalam proses untuk meminda...

PM Pakistan Bakal Digulingkan, Ribuan Turun Protes Jalanan

ISLAMABAD : Puluhan ribu aktivis dari parti pemerintah dan kumpulan pembangkang turun ke ibu negara semalam, menjelang sesi undian Parlimen yang bertujuan menggulingkan Perdana Menteri, Imran Khan.

Di bawah tekanan politik yang semakin meningkat, Imran menggesa penyokong dari seluruh negara berkumpul pada Ahad, bagi menunjukkan kekuatan parti Kerajaan menjelang undian penting yang dijangka minggu depan, lapor Al-Jazeera.

Aktivis dari parti politik kerajaan Tehreek-e-Insaf (PTI) mula berkumpul sejak awal pagi di padang kawad berhampiran persimpangan Faizabad.

Peserta turut menari mengikut rentak lagu parti itu sambil melaungkan slogan ‘hidup Imran Khan’.

Dalam pada itu, penyokong pembangkang dilihat turut berkumpul di Islamabad di sebalik perancangan mengadakan protes anti-Khan hari ini.


Penyokong bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif mengadakan perhimpunan sejak Sabtu lalu di Islamabad bermula dari bandar Lahore.

Kumpulan itu mewakili parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N).

Protes turut dihadiri ribuan aktivis dari parti konservatif Jamiat Ulema-i-Islam bagi menyertai protes antikerajaan.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori