Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Najib Rasmi Sistem Lokap...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini...

Chef Nik Michael Sah...

CHEF selebriti, Nik Michael Imran menamatkan zaman bujangnya dengan menikahi Siti Nadiah Shahril...

Nasi Lemak Cheese Kek,...

SEBUT sahaja nasi lemak pasti ramai terbayangkan haruman daun pandan, santan serta sambal...

PRK PD: Petugas Media...

PORT DICKSON - Petugas media yang sedang membuat liputan pengundian awal hari ini...

Polis Pantau Media Sosial Berkait Empangan Kenyir

KUALA TERENGGANU : Polis terus memantau media sosial seperti Facebook (FB), TikTok dan ‘Group WhatsApp’ berhubung banjir yang melanda di kawasan Hulu Terengganu disebabkan pembalakan di Tasik Kenyir.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata pemantauan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) bagi mengesan individu yang cuba menyebarkan berita tidak benar sehingga menimbulkan kegusaran masyarakat.

Setakat ini, katanya, pihaknya belum mengenal pasti atau mengambil keterangan mana-mana individu atau pemilik akaun berhubung isu berkenaan.

“Apa yang tular masih dalam keadaan umum dan ia tidak menunjukkan ada niat secara terus ataupun menyalahkan mana-mana pihak.

“Jadi Ketua JSJ dan JSJK (dan pasukannya) akan memantau media sosial yang cuba menularkan perkara yang tidak benar.

“Setakat ini, kita memang ada pantau beberapa akaun TikTok, FB serta Group WhatsApp dan kita akan tengok tahap mana yang boleh diambil tindakan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Bridge To Bridge: Charity Ride Polis Diraja Malaysia Kontinjen Terengganu 2022 di Dataran Batu Buruk di sini, semalam.

Ditanya sekiranya terdapat video terbaru yang tular berkaitan isu sama termasuk Empangan Kenyir, Rohaimi berkata, tiada lagi viral terbaru diterima setakat ini.

“Kita akan terus pantau isu ini dan mana-mana pihak atau individu yang didapati menyebar berita palsu boleh diambil tindakan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori