Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Kau Mabuk Ke Masa...

SEJAK semalam, tular di laman sosial gambar papan iklan produk yang dipasang secara...

Adenan Alu-Alu Program Kerajaan...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini berterima kasih...

Perkahwinan Janda Ashley Cole...

PERKAHWINAN bekas anggota kumpulan Girls Aloud, Cheryl Fernandez-Versini sebelum ini dikhabarkan sedang berantakan...

Keadaan Banjir Di Perak,...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir yang melanda Perak, Kelantan dan Terengganu tidak berubah...

Polis Terima 157 Aduan, 441 Orang Tolak Vaksin Di Kelantan

TUMPAT – Polis Kelantan menerima 157 laporan melibatkan 441 individu yang tidak mahu menerima vaksin Covid-19.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, 94 daripada laporan berkenaan adalah melibatkan ibu bapa yang tidak mahu anak-anak mereka diberi suntikan vaksin.

“Selebihnya adalah melibatkan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dan daripada kategori lain.

“Laporan paling tinggi diterima adalah melibatkan daerah Tumpat, Kota Bharu dan Pasir Mas,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Beliau sebelum itu hadir solat Jumaat di Masjid Mukim Simpangan Hilir dalam misi menyampaikan bantuan kurniaan daripada Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra dan isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson kepada 100 penduduk kampung di kawasan berkenaan.


Menurut Muhammad Zaki, antara alasan diberikan adalah tiada keperluan untuk menerima suntikan berkenaan selain bimbang kesan sampingan selepas menerima suntikan.

Sementara itu, mengenai sumbangan yang diberikan, Muhammad Zaki berkata, ia merupakan kiriman Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra dan isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson sebagai tanda prihatin baginda kepada mangsa banjir yang terlibat.

Katanya, sumbangan akan diagihkan kepada penduduk di kawasan-kawasan terjejas seperti Tumpat dan Pasir Mas.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori