KYIV : Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berterusan ‘memujuk rayu’ Barat supaya mengenakan sekatan lebih ketat terhadap Rusia.
Menerusi satu lagi video, pemimpin Ukraine mengkritik pemimpin Barat kerana tidak memberi tindak balas terhadap ancaman Rusia yang mahu menyerang kompleks industrial ketenteraan negara ini.
“Saya tidak dengar sebarang suara mengenai ancaman ini daripada para pemimpin Barat.
“Ancaman ini secara tidak langsung menunjukkan sekatan ketika ini tidak mencukupi untuk menghentikan serangan Rusia.
“Sehubungan itu, saya minta agar Barat terus mengenakan sekatan yang lebih ketat kepada Rusia,” katanya.
Kementerian Pertahanan Rusia sebelum ini memaklumkan tentera negara itu akan menyerang kompleks industrial ketenteraan Ukraine menggunakan ‘senjata paling canggih’.
Sehubungan itu, semua petugas di kompleks tersebut diminta meninggalkan premis segera.
-Utusan Online