Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

[Parlimen] Tambah Baik Akta...

KUALA LUMPUR : Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2021 (Akta 731) akan ditambah baik...

Pelacuran Di Sabah Mungkin...

JOHOR BAHRU – Siasatan terhadap penemuan wang tunai RM13.04 juta di Sabah dua...

Hari Kebangsaan Rai Kemenangan...

KUALA LUMPUR – Perubahan landskap politik tanah air selepas Pilihan Raya Umum ke-14...

COD Bukan Semata-Mata Pasal...

ASIK komplen minyak dah murah. Simpan la bebal tu sikit sedare.Bila COD, benda...

PRN Johor: 26 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi

PRN JOHOR | Sebanyak 26 peratus pengundi di Johor telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 11 pagi tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bernama melaporkan pengundi mula beratur di pusat mengundi seawal 7 pagi tadi, walaupun pengundian dibuka secara rasmi pada pukul 8 pagi.

Antara yang terawal keluar mengundi ialah dua bekas menteri besar Johor, Mohamed Khaled Nordin dan Sahruddin Jamal.

Khaled yang tidak bertanding pada pilihan raya kali ini mengundi di SK Taman Rinting 1, Pasir Gudang bagi kerusi DUN Permas, manakala Sahruddin yang merupakan calon Perikatan Nasional (PN) Bukit Kepong mengundi di SJK Cina Lenga, Pagoh di Muar.

Sementara itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin pula tiba di SMK Sri Muar, Johor pada pukul 9.05 pagi dan selesai mengundi pada pukul 9.16 pagi bersama isterinya Noorainee Abdul Rahman.

Sebanyak 1,021 pusat pengundian dibuka bagi membolehkan 2,539,606 pengundi biasa pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.


Pada PRN kali ini, seramai 239 calon daripada 15 parti politik akan bertanding merebut 56 kerusi DUN.

Kebanyakan pusat mengundi akan ditutup pada 4 petang hari ini.

Sebanyak 15 pusat mengundi pula akan ditutup pada 2 petang, manakala 41 pusat mengundi ditutup pada 4 petang.

Pusat mengundi yang mempunyai satu atau dua saluran pula akan ditutup lebih awal seperti yang diwartakan iaitu Balai Raya Pulau Besar di Mersing ditutup pada 11 pagi, Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pemanggil, Mersing pada 1 tengah hari.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori