Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Berkelakuan Curiga, Atlet Ini...

GARA-gara berkelakuan mencurigakan di gawang gol pasukan lawan, seorang pemain bola sepak di...

Lelaki Bogel Pura-Pura Dilanggar...

DEMI mendapatkan wang dengan cara mudah, seorang lelaki dari China ini sanggup membogelkan...

Kastam Sita Lebih 100...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyita lebih 100 kenderaan klon...

Ezuwan Pesan Chacha, ‘Pulangkan...

Sebelum ini, kecoh seketika dunia hiburan gara-gara perbalahan di laman maya antara pelakon...

PRN Johor : PAS, Warisan Catat Prestasi Hambar

PETALING JAYA – Berdasarkan laporan tidak rasmi Pas sekadar memenangi satu daripada 15 kerusi yang ditandinginya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Calonnya, Abdul Aziz Talib memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dalam persaingan sengit enam penjuru bagi kerusi tersebut.

Abdul Aziz menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) dan Bebas.

Bagaimanapun Pas terpaksa akur parti itu kehilangan satu-satunya kerusi DUN Johor dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) kepada BN kali ini.

Keputusan itu menunjukkan penyertaan Pas dalam Perikatan Nasional (PN) masih belum memberi impak positif buat parti tersebut setakat ini.


Manakala, Parti Warisan Sabah (Warisan) yang bertanding sebanyak enam kerusi DUN gagal memenangi sebarang kerusi dalam PRN Johor.

Sekali gus menimbulkan persoalan sama ada Warisan mampu memberi saingan jika bertanding di Semenanjung Malaysia dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Setakat ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pas dan Warisan berhubung prestasi hambar kedua-dua parti itu dalam PRN Johor hari ini.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori