JOHOR BAHRU – Penyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat sudah mula meraikan kemenangan awal susulan menjadi pendahulu kutipan undi di beberapa kerusi yang dipertandingkan.
Turut kelihatan beberapa penyokong melaungkan kemenangan dengan sorakan parti yang menunjukkan kejayaan parti gabungan tersebut dalam PRN kali ini dalam tangan mereka.
Untuk rekod, setakat ini BN telah memenangi kutipan undi di beberapa kerusi yang dipertandingkan seperti Benut, Layang-Layang, Kahang, Parit Raja, Tenang dan Kukup serta Pemanis.
Mengikut kepada keputusan tidak rasmi itu, BN memenangi lebih dua per tiga kerusi DUN kali ini.
Keputusan tidak rasmi tersebut setakat jam 9 malam.
-Sinar Harian