JOHOR BAHRU : Kehadiran pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka meningkat 13 peratus setakat pukul 10 pagi ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Jumlah itu meningkat sebanyak tujuh peratus berbanding enam peratus pemilih yang selesai mengundi pada pukul 9 pagi tadi.
Seramai 2.53 juta pengundi layak memilih di 1,021 pusat mengundi yang dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang ini di seluruh Johor.
Mereka akan mengundi bagi memilih 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu daripada 239 calon yang bertanding.
-Utusan Online