Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Piya Sedia Terima Lamaran...

KOTA BHARU - Bekas kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai...

Sektor Pendidikan Sarawak Akan...

KUCHING - Kementerian Pendidikan akan memastikan sektor pendidikan di Sarawak bertambah baik dari...

Bajet 2020: PH Terdesak...

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Razak menjangkakan Bajet 2020 akan melepasi sasaran...

Jurujual Mesin Air Didakwa...

PETALING JAYA - Seorang jurujual mesin air dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini,...

PRN Johor : PH Lakukan ‘Post Mortem’, Sedia Hadapi PRU-15

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) akan melakukan ‘post mortem’ bagi mengkaji punca utama kekalahan mengejut pakatan itu kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini.

Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, tindakan bedah siasat itu perlu dilakukan segera bagi membolehkan mereka bangkit semula menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

Menurutnya, antara aspek yang akan diteliti termasuklah memastikan sebarang kelemahan, kekurangan dan kesilapan sepanjang PRN Johor diperbaiki.

“Ini penting dalam usaha PH untuk bersiap sedia dalam menghadapi PRU akan datang, khususnya selepas kita tahu kemenangan UMNO dan BN akan menjadikan mereka ghairah untuk mengadakan PRU secepat mungkin.


“Walaupun dengan kekalahan ini, kami tidak akan berputus asa. PH sebelum ini memang sudah biasa dengan peranan sebagai pembangkang dan kami tidak akan berputus asa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Pusat Operasi PH bagi PRN Johor di Hotel Le Grandeur, Senai, di sini hari ini.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori