KULAI : Pusat Operasi Perikatan Nasional (PN) hambar seakan-akan memberi gambaran seperti tiada apa-apa yang berlaku sedangkan proses membuang undin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah tamat lebih dua jam yang lalu.
Pusat Operasi PN dilihat kosong dan tidak kelihatan pemimpin gabungan parti tersebut baik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahupun Pas dan Gerakan berada di pusat berkenaan.
Yang dilihat mengisi ruang dewan di Hotel Impiana senai, di sini hanyalah pengamal media serta kelompok kecil penyokong PN.
Tiga skrin besar yang disediakan di ruang hadapan dewan berkenaan hanya memaparkan laporan siaran langsung televisyen swasta.
Kesemua individu yang berada di dewan tersebut mendakwa mereka tidak mengetahui perkembangan semasa serta kehadiran pemimpin tertinggi gabungan tersebut dan hanya menunggu dengan penuh sabar.
Pihak media difahamkan program yang sepatutnya bermula pukul 8 malam hanya akan bermula pada pukul 9 malam.
-Utusan Online