PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) dipercayai sedang mendahului kiraan undi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang ketika ini.
Calon BN, Abd. Mutalip Abd. Rahim sedang mendahului 785 undi berbanding pencabar terdekatnya, Dr. Maszlee Malik daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebanyak 559 undi.
Manakala calon Perikatan Nasional (PN) dipercayai memperoleh 195 undi dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) 18 undi.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerusi DUN berkenaan dimenangi oleh calon BN, Datuk Onn Hafiz Ghazi dengan majoriti tipis 364 undi.
Beliau memperoleh 7,449 undi, manakala calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), M.S Murugan memperoleh 7,085 dan calon Pas, Muhd. Jubri Selamat mendapat 1,339 undi.
-Kosmo Online