Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ustaz ‘Loyar Buruk’ Pertikai...

ISU Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi makam Nabi Muhammad SAW...

Baitulmaqdis Dilanda Ribut Salji...

EKORAN cuaca sejuk melampau yang melanda di beberapa negara Timur Tengah seperti Israel,...

Dadah: Mayat Bergelimpangan, 60,000...

HAMPIR seramai 60,000 penagih dadah di Filipina telah menyerah diri kepada kerajaan selepas Presidennya, Rodrigo...

Tali Pinggang Khas Untuk...

TALI pinggang khas telah dipasang di atas keretapi oleh Ukraine Railways bagi membolehkan...

PRN Johor: SPR Keluarkan Lebih 36,000 Kertas Undi Pos

JOHOR BAHRU : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan 36,729 kertas undi pos kepada individu yang berhak mengundi secara pos pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata pengeluaran kertas undi pos itu dijalankan petugas pilihan raya di semua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak Selasa hingga semalam, seperti diperuntukkan di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

Beliau berkata kesemua kertas undi pos terdiri daripada 28,421 kategori Borang 1A (petugas pilihan raya, ahli/pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media), manakala 7,814 undi pos bagi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara).

“Sebanyak 118 kategori Borang 1C (sembilan agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan) dan 376 pengundi tidak hadir (PTH) luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata proses pengeluaran kertas undi pos tersebut dijalankan dengan kehadiran wakil calon daripada semua parti atau individu bertanding.


Ikmalrudin mengingatkan semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Pengisytiharan Identiti (Borang 2) serta segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus DUN berkenaan sebelum 5 petang pada hari pengundian.

“Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial,” katanya.

SPR menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian PRN Johor manakala pengundian awal pada 8 Mac.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori