Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

2 GAMBAR: Pelajar Tingkatan...

Kadang-kadang sekolah yang diharapkan menjadi tempat selamat untuk anak-anak belum tentu menjamin perkara tersebut.Hal...

SPRM Cari 4 Individu...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan media memaklumkan...

Penjawat Awam Ingkar PKP...

KUALA LUMPUR - Bersedialah untuk menerima tindakan dan dikenakan hukuman.Itulah peringatan Ketua Setiausaha Negara, Tan...

Guan Eng Terima Rasuah...

Zarul Ahmad Mohd Zulkifli memberi keterangan bahawa Lim Guan Eng tersenyum apabila pengarah...

Program e-Pemula Beri Manfaat Kepada Lebih Dua Juta Belia

KUALA LUMPUR – Program e-Pemula yang akan dilancarkan tidak lama lagi bakal memberi manfaat kepada lebih 2 juta belia dengan peruntukan sebanyak RM300 juta, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, program e-Pemula ialah sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai khas untuk golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

“Program e-Pemula akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia ini,” katanya di Bengkel Pengurusan Kewangan My Money & Me sempena Global Money Week 2022 yang diadakan secara maya di sini pada Ahad.

Katanya, terdapat banyak dana dan pembiayaan yang disediakan khas untuk golongan belia melalui Bajet 2022.

“Sebagai contoh, jika anda merupakan seorang usahawan muda, Pelan Pembiayaan Belia Usahawan sebanyak RM150 juta ditawarkan menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank,” katanya.

Katanya, kerajaan juga telah mula membayar elaun sebanyak RM900 kepada pelajar yang menjalani program latihan industri sejak 2019.


Beliau berkata langkah itu untuk membantu mengurangkan beban kewangan golongan belia.

Tengku Zafrul turut mengambil kesempatan dengan mengingatkan golongan muda mengenai kepentingan masa depan dan amalan konsep pengurusan kewangan yang positif.

“Bagi mencapai tahap kesejahteraan kewangan yang positif, anda perlu membiasakan diri dengan konsep kawalan diri.

“Kawalan diri akan membolehkan anda mengagihkan simpanan dan berjinak-jinak dengan dunia pelaburan serta menerajui pelan takaful dan insurans yang sedikit sebanyak akan membantu memastikan tahap kesejahteraan kewangan,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori