Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Udang Malaysia Dijamin Bebas...

PEKAN - Jabatan Perikanan memberi jaminan udang yang diternak oleh 1,200 pengusaha udang...

Pakatan Harapan Bersedia Lawan...

KUALA LUMPUR - Tindakan PAS mengisytiharkan akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh...

Jabatan Penjara Nafi Azilah...

SHAH ALAM - Jabatan Penjara menafikan dakwaan bahawa bekas anggota Unit Tindakan Khas...

FAMA Sasar Wujud 5,000...

KULIM - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada tahun ini menyasarkan untuk mewujudkan...

Program Jualan Keluarga Malaysia Dilanjutkan Sehingga Jun

PUTRAJAYA : Kerajaan akan melanjutkan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) sehingga Jun ini bagi membantu rakyat mendapatkan bekalan keperluan harian pada harga lebih murah daripada pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata bagaimanapun format program itu akan disesuaikan mengikut lokasi, bilangan penduduk dan keberadaan serta keupayaan rakan strategik di sesebuah lokasi.

Katanya, program itu turut mendapat sokongan rakan strategik, termasuk agensi daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kementerian Kewangan dan pemain industri sektor peruncitan seperti pasar raya hiper dan pasar raya setempat.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mendapatkan kelulusan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk meneruskan penganjuran PJKM sehingga Jun tahun ini.

“Kita menggalakkan rakyat di kawasan Parlimen yang terbabit untuk merebut peluang berjimat ketika membuat pembelian barangan keperluan rumah yang ditawarkan seperti ayam, makanan laut, sayur-sayuran, minyak masak, gula, tepung, beras dan keperluan rumah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

PJKM yang dilancarkan secara rasmi oleh Ismail Sabri pada 2 Disember lalu antara usaha kerajaan menawarkan barangan keperluan pada harga sehingga 20 peratus lebih murah, berbanding harga pasaran, sekali gus dapat membantu meringankan bebanan kos sara hidup dalam situasi mencabar ketika ini.

Nanta Linggi berkata, PJKM yang dijalankan di seluruh negara mencatatkan jumlah jualan melebihi RM38 juta dengan kehadiran 2.1 juta pengunjung sehingga Jumaat lalu.

“Pelaksanaan 222 program ini membabitkan lebih 1,274 lokasi di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan, termasuk kawasan Parlimen kerajaan dan pembangkang.


“Seramai 2.1 juta pengunjung mengunjungi program yang disokong oleh 202 rakan strategik terdiri agensi kerajaan dan pemain industri sektor peruncitan dengan rekod jualan mencecah RM38.099 juta,” katanya.

Sementara itu, Nanta Linggi berkata, kementerian itu akan menggerakkan seramai 2,200 pegawai penguat kuasa dan 1,000 pegawai pemantau harga bagi melaksanakan pemantauan dan

pemeriksaan di seluruh negara bagi memastikan bekalan sentiasa stabil

dan tiada elemen pencatutan di pasaran.

“Orang ramai boleh menyalurkan sebarang pertanyaan dan aduan ke

aplikasi WhatsApp di talian 019-279 4317, aplikasi ez-Adu atau email ke eaduan@kpdnhep. gov.my,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori