Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

CNY: Pejabat Imigresen Ditutup

KUALA LUMPUR - Semua pejabat Jabatan Imigresen di seluruh negara termasuk cawangan di...

Cristiano Ronaldo Sahkan Teman...

BINTANG Real Madrid, Cristiono Ronaldo mengesahkan teman wanitanya, Georgina Rodriquez kini sedang hamil...

Faizal Saari Terpaksa Digugurkan...

SEPANG - Penyerang berpengalaman skuad kebangsaan, Faizal Saari terpaksa digugurkan di saat-saat akhir...

Berita Benjy Telah Dihukum...

BARU-BARU ini kecoh di laman sosial mengenai berita anak lelaki Allahyarham Azean Irdawaty, Khaeryll...

Rafizi Bakal Kecewakan Penyokong PH Sekali Lagi

Penyokong PH kelihatan amat bersemangat dan teruja selepas bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli melancarkan serangan politik pertamanya ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Habislah Najib Rafizi dah kembali”, “Baru Najib tahu nasib dia buku bertemu ruas”, “Rafizi is back matilah Najib dan BN” antara komen yang ditinggalkan mereka di Facebook Rafizi.

Setakat artikel ini ditulis malam tadi, serangan pertama Rafizi ke atas Najib selepas begitu lama Raja Formula itu ‘bersembunyi’ mendapat 14,000 like dan dikongsi sebanyak 1,500 kali oleh penyokong PH.

Mereka kata akhirnya Najib telah diserang dengan fakta yang hebat oleh Rafizi dalam isu Sapura Energy Berhad. Malangnya kegembiraan mereka tidak bertahan lama selepas Najib segera membalas tuduhan itu di Facebooknya.

Sebenarnya serangan Rafizi itu langsung tidak berfakta. Entah celah mana dikatakan berfakta. Level penyokong PH antara fakta dan andaian pun tidak dapat dibezakan. Mungkin kerana itu amat mudah diperdayakan oleh formula Rafizi suatu ketika dulu.

Pertamanya tiada langsung fakta dikemukakan oleh Rafizi. Beliau cuma mengulangi kemahirannya iaitu mereka-reka persepsi untuk menidakkan saranan Najib dalam isu menyelamatkan Sapura Energy Berhad.

Seperti biasa hujah-hujah beliau semata-mata berdasarkan andaian dengan memanipulasi sedikit info asas untuk mencetuskan persepsi. Secara umum hanya terdapat tiga hujah Rafizi dalam isu tersebut:

Konon Najib mahu mengulangi pembaziran wang negara untuk menyelamatkan Sapura Energy Berhad
yang patut boleh digunakan untuk membantu rakyat. (andaian)

Konon Najib mahu membela golongan elit berbanding usahawan kecil, anak-anak muda, memberi pinjaman pendidikan dan seumpamanya. (persepi)

Konon walau pernah diberi suntikan wang rakyat oleh Najib, Sapura Energy Berhad terus mengalami masalah kewangan semasa harga minyak mentah pada paras yang tinggi. (Ini andaian bercampur persepsi).

Tidak lama selepas Rafizi dan penyokong PH mendabik dada kerana yakin telah berjaya “checkmate” Najib, bekas PM Ke-6 itu tampil memberi penjelasan terperinci penuh berfakta berhubung tuduhan tersebut.

Pertama, kerajaan tidak pernah suntik berbilion-bilion ringgit dalam Sapura. Yang suntik ialah PNB (wang ASB) pada tahun 2019 semasa kerajaan PH untuk PNB muncul sebagai pemegang saham terbesar Sapura 40%.

Kedua, Najib mendedahkan tiada lagi kepentingan besar golongan elit seperti anak Tun Mahathir dan Shahril Shamsuddin dalam Sapura Energy Berhad untuk dipertahankan.

Satu-satunya ‘golongan elit’ yang mahu dipertahankan adalah pemegang ASB, 10,000 pekerja yang bakal hilang pekerjaan, ribuan vendor-vendor bumiputra yang akan turut terkesan.

Begitu juga bank-bank tempatan seperti Maybank (milik PNB), CIMB (milik Khazanah) dan RHB (milik KWSP) yang akan menghadapi kerugian RM10 bilion yang dipinjam kepada Sapura.


Ketiga, jika Sapura Energy Berhad tidak dibantu dengan kemudahan soft loan maka sudah pasti wang pemegang ASB sebanyak RM4 bilion hangus begitu sahaja.

Masalah Sapura Energy Berhad bukan disebabkan penyelewengan seperti cuba diilustrasikan Rafizi, sebaliknya disebabkan oleh faktor luaran termasuk ketika negara ditadbir kerajaan PH.

Rumusan Najib jika Sapura Energy Berhad dibiarkan muflis:

– Kerugian secara langsung kepada 10.6 juta pelabur ASB adalah sebanyak RM4 bilion
– Kerugian secara tidak langsung kepada PNB, KWSP dan lain-lain tabung simpanan rakyat akibat hutang sebanyak RM10 bilion kepada bank-bank tempatan termasuk Maybank milik 50% PNB adalah lebih tinggi. Jika kerugian hutang RM2.5 bilion akibat Genting HK memberi impak maka ini bakal merupakan kerugian RM10 bilion.
– Hampir 10,000 pekerjaan bergaji tinggi akan hilang.
– Sekitar 4,500 vendor/pembekal akan terjejas -kebanyakannya merupakan syarikat bumiputra.
– aset-aset berharga Sapura bakal dijual dengan harga amat murah (firesale prices) kepada orang asing.
– Malaysia akan kehilangan syarikat perkhidmatan perkhidmatan petroliam terbesar negara bagi sektor paling penting negara.
– Malaysia juga akan kehilangan sebuah syarikat MNC sebab Sapura juga banyak memenang dan mengusahakan projek di lebih 30 negara asing.

Penjelasan lebih terperinci oleh Najib boleh dibaca di laman Facebook beliau atau klik sahaja di pautan berikut:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=533052281519048&id=100044428416531

Sebenarnya penyokong PH amat gembira kerana mengharapkan kemunculan semula Raja Formula Rafizi akan dapat menidakkan kebodohan mereka di mata rakyat sejak 9 Mei 2018.

Tetapi mereka terlupa Najib pada hari ini bukanlah Najib pada 2018. Najib pada hari ini adalah Najib Bossku.

Dan mereka juga tidak mengerti Rafizi menyerang Najib bagi mempergunakan populariti Najib mengangkat semula namanya dalam kalangan penyokong PKR.

Rafizi yang mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR tahu beliau memerlukan jalan pintas untuk namanya kembali jadi sebutan dan serangan keatas Najib amat membantu.

Lagipun penyokong PH mungkin terlepas pandang apabila Rafizi membayangkan nasib 10,000 pekerja Sapura Energy Berhad bukan isu utama yang perlu diambil berat

Terbukti dua jisim yang berbeza antara Najib dan Rafizi. Najib dalam setiap tindakannya sentiasa mengutamakan rakyat, manakala Rafizi kelihatan lebih mengutamakan politik.

Nampak gaya penyokong PH bakal kecewa sekali lagi dengan Rafizi apabila Raja Teori dan Raja Formula itu kembali menyorokkan diri suatu hari nanti.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori