Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli umum akan buat “comeback” dalam dunia politik.
Mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR yang masih belum dibenarkan untuk diisi oleh Presiden.
Beliau berhujah dengan nada untuk selamatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) laksana seorang adiwira.
Tetapi apa yang Rafizi tidak mengerti adalah dia sebenarnya syok sendiri berasa tersangat hero.
Dia umpama Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang masih percaya rakyat sokong dia.
Hakikatnya Mahathir kini liabiliti kepada mana-mana parti politik disertainya dan terbukti pada 12 Mac lalu.
Pejuang sekadar bawa pulang telur dari Johor dan undi diperoleh calon-calonnya setara calon Bebas.
Rafizi barangkali berfikir dia akan kelihatan power, otai, badass yang muncul “last minute” dalam filem.
Sedangkan watak hero muncul pada saat-saat akhir klimaks dalam filem kerana kereta rosak dan seumpamanya.
Bukan bersembunyi dalam gua yang paling dalam entah di mana selepas mendapati partinya dikecam oleh rakyat.
Hasrat Rafizi jika didokong, disokong dan direstui Anwar amatlah tidak adil oleh sebuah parti bernama keadilan.
Tidak adil kepada ramai pemimpin PKR lain yang selama ini tabah menadah muka dikecam rakyat tanpa Rafizi.
Sosok seperti Saifuddin Nasution Ismail dan Farhash Wafa Salvador tidak pernah menyembunyikan diri.
Inilah antara insan yang tetap berdiri teguh mempertahankan PKR dan Anwar dalam keadaan apa sekali pun.
Justifikasi Rafizi kerana kebijaksanaannya bermain isu maka kerajaan BN tumbang dalam PRU-14.
Tetapi yang beliau tidak tahu segala isu beliau reka itu yang kini jadi senjata makan tuan kepada PKR.
Rakyat sudah tahu temberang Rafizi dan rakyat bertindak memunculkan watak hero sebenar Bossku.
Jangan fikir rakyat sudah lupa teori-teori kekencingan yang menghancingkan rakyat dan masih berbau.
-Mynewshub