Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dua Juta Penerima Sinovac...

KUALA LUMPUR: Dua juta penerima vaksin primer Sinovac yang belum mendapatkan dos penggalak...

PM Najib Lancar Aplikasi...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan aplikasi ‘i-foundit!’...

Indonesia Menang Pakaian Kebangsaan...

WAKIL Indonesia dalam pertandingan ratu cantik dunia, Miss Universe 2015, Ratu Indonesia Elvira...

Rihanna Kembali Bercinta Dengan...

PENYANYI Rihanna dilaporkan kembali bercinta dengan rapper Drake, menurut sumber yang rapat dengan...

Ribut Matahari Diramal Landa Bumi Esok

WASHINGTON – Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) meramalkan 80 peratus kebarangkalian ribut Matahari kuat akan melanda Bumi pada esok (14 Mac), lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut data NOAA, terdapat 20 peratus kebarangkalian ribut itu akan memberi kesan kepada Britain.

Susulan fenomena itu, orang ramai di seluruh dunia berpeluang melihat Aurora, iaitu satu fenomena cahaya yang sering dilihat di kawasan berlatitud tinggi. Ia dijangka dapat dilihat lebih jauh ke arah Khatulistiwa semasa ribut itu berlaku.

“Penemuan tepat! Model ramalan NOAA dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menunjukkan ribut suria akan melanda Bumi antara pukul 8 malam hingga 5 pagi (waktu tempatan),” kata seorang ahli fizik angkasa lepas, Dr. Tamitha Skov menerusi ciapan di laman Twitter.

Tambah Skov, kesan daripada fenomena tersebut dijangka kuat.


“Aurora mungkin boleh dilihat jauh ke latitud tengah selain akan berlakunya gangguan kepada radio amatur dan penerimaan GPS, terutamanya menjelang waktu subuh, senja atau malam di Bumi,’’ katanya dalam ciapan yang sama.

Khamis lalu, satu suar suria kelas C yang agak lemah meletus dari sisi Matahari yang menghadap Bumi.

Ahli astronomi dan penulis laman spaceweather.com, Dr. Tony Phillips berkata, suar itu kebiasaannya adalah luar biasa dengan letusan kali ini dikatakan bertahan selama hampir 12 jam.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori