Monday, January 6, 2025

Creating liberating content

Audit 1MDB: Perakam Suara...

KUALA LUMPUR - Perakam suara diletakkan dalam bekas pensel tanpa pengetahuan sesiapa oleh...

Polis Ini Kawal Trafik...

NEW DELHI - Tugasnya sebagai polis trafik. Namun gerak-gerinya ala raja pop terkenal...

Seramai 452,721 Murid Duduki...

KUALA LUMPUR - Seramai 452,721 calon menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di...

Kes Baharu Covid-19 Melonjak...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes positif Covid-19 yang direkodkan di seluruh dunia semakin...

Roman Abramovich Alami Simptom Agen Kimia

MOSCOW – Bilionair Rusia, Roman Abramovich dilaporkan menghidap gejala seperti diracuni selepas menghadiri rundingan damai mengenai sempadan Ukraine-Belarus awal bulan ini, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Pemilik kelab bola sepak Chelsea FC itu bagaimanapun kini pulih selepas dilaporkan mengalami sakit mata dan kulit mengelupas.

Selain beliau, dua lagi perunding dari Ukraine turut dikatakan mengalami gejala sama secara konsisten dipercayai racun senjata kimia. Ia termasuk radang mata dan kulit serta rasa menusuk pada bahagian mata.

Pakar-pakar kimia yang memeriksa kes itu membuat kesimpulan bahawa simptom tersebut berpunca daripada penggunaan agen kimia.

Satu laporan mendakwa keracunan itu didalangi penyokong tegar Rusia sebagai cubaan mensabotaj rundingan tersebut namun, pihak yang bertanggungjawab melakukan tindakan itu tidak dapat dipastikan sekiranya dakwaan tersebut benar.


Tidak lama selepas dakwaan itu timbul, seorang pegawai Amerika Syarikat dipetik agensi berita Reuters sebagai berkata, hasil risikan mendapati gejala yang dialami itu berpunca daripada faktor alam sekitar, dan bukannya keracunan.

Pegawai di pejabat Presiden Ukraine, Ihor Zhovkva kemudian memberitahu BBC bahawa ahli delegasi dari negara itu berada dalam keadaan baik, manakala salah seorang daripada mereka berkata dakwaan tersebut adalah palsu.

Keadaan Abramovich dan perunding Ukraine termasuk ahli parlimen, Rustem Umerov kini dilaporkan bertambah baik sejak kejadian itu pada 3 Mac lalu. Abramovich dikatakan menyambung semula rundingan damai untuk menamatkan perang di Ukraine.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori