Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Boleh Guna Budi...

KUALA LUMPUR - Polis diberi kebenaran menggunakan kuasa budi bicara terhadap larangan yang...

Kastam Rampas 300 Kg...

JOHOR BAHRU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia menahan dua lelaki tempatan dan merampas...

Model Kanak-Kanak Bunuh Diri...

SEORANG remaja perempuan berusia 14 tahun yang pernah menjadi model kanak-kanak untuk pengeluar...

Agong Berangkat Ke Istiadat...

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berangkat ke Istiadat...

Rundingan Damai: Putin Mahu Bersemuka Dengan Zelensky

ANKARA : Presiden Rusia, Vladimir Putin menzahirkan harapan untuk bertemu Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky secara bersemuka bagi berbincang mengenai konflik yang berlaku.

Perkara itu disampaikan oleh Putin ketika beliau bercakap telefon dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan untuk memaklumkan apa yang ‘diingini Rusia’ untuk menamatkan peperangan yang berlaku.

Menurut jurucakap Erdogan, Ibrahim Kalin, permintaan Rusia terbahagi kepada dua kategori.

Katanya, kategori pertama, Rusia sekali lagi menggesa Ukraine supaya tidak menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan bersikap neutral, malah Zelensky sudah pun maklum mengenai perkara itu serta bersedia untuk melakukannya.

“Rusia juga meminta Ukraine meletakkan senjata terlebih dahulu, selain bertegas mahu menghapuskan elemen Nazi di negara tersebut.

“Permintaan itu mungkin sensitif bagi Zelensky memandangkan ada keluarganya yang maut akibat Holocaust, namun mungkin juga beliau akan menerima perkara itu,” katanya seperti yang dilapor BBC.

Bagi kategori kedua, Putin memberitahu Erdogan bahawa beliau perlu bersemuka dengan Zelensky bagi berbincang tentang konflik yang berlaku.


Jelas Ibrahim, Zelensky turut menyatakan kesediaan untuk bersemuka dengan Putin.

Ibrahim juga memberi gambaran bahawa Rusia akan mendesak kerajaan Ukraine supaya menyerahkan wilayah di timur Ukraine dan perkara itu mungkin menjadi kemuncak rundingan antara Moscow dan Kyiv.

Selain itu, Rusia juga dijangka meminta Ukraine menerima Crimea secara rasmi.

Sementara itu, permintaan Putin disifatkan tidak terlalu ‘berat’ seperti yang dijangka pelbagai pihak sebelum ini.

Pakar berpandangan, Ukraine perlu berfikir sebaik mungkin untuk menuruti permintaan Rusia kerana Moscow boleh menggunakan keenggan Ukraine untuk sekali lagi menceroboh negara itu pada masa akan datang.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori