Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Himpunan Selamatkan Malaysia: 11...

KUALA LUMPUR – Polis selesai merakamkan keterangan 11 individu daripada 25 yang dikenal...

Bekas Pengurus Didakwa Tipu...

PETALING JAYA - Bekas pengurus syarikat haiwan peliharaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

DAP Pertikai Arahan Guna...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menempelak arahan yang dikeluarkan oleh...

Kemenangan Bantu Pulau Pinang...

MARAN - Kemenangan 1-0 yang dicatat oleh skuad Pulau Pinang ke atas Felda...

Rusia Beri Amaran Kepada NATO

MOSCOW – Rusia memberi amaran akan memulakan Perang Dunia Ketiga menggunakan senjata nuklear terhadap Barat sekiranya pasukan pengaman tajaan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) campur tangan dalam konflik di Ukraine, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Ancaman itu dibuat menerusi siaran televisyen tempatan Rusia yang tanpa henti mengeluarkan pelbagai bentuk amaran terhadap NATO. Perikatan keselamatan Barat itu sebelum ini dikatakan merancang untuk menghantar pasukan pengaman ke Ukraine.

Spekulasi itu menimbulkan dakwaan di Rusia bahawa Poland akan mendapatkan mandat NATO untuk meletakkan pasukan pengaman di Ukraine.

Stesen televisyen pro-Kremlin juga melaporkan bahawa Warsaw berusaha untuk merebut kembali wilayah Ukraine yang dahulunya adalah sebahagian daripada Poland seperti bandar Lviv.

Hos saluran televisyen utama milik Kremlin, Vyacheslav Nikonov berkata, pemandu-pemandu treler Rusia yang terkandas melihat tentera Amerika Syarikat (AS) dan Poland berkumpul di sempadan negara Eropah Timur itu.

“Bagi saya, Poland bukan setakat berusaha memenuhi misi pengaman tetapi dalam masa sama cuba merebut semula wilayah yang dianggap milik mereka dari sudut sejarah,” kata Nikonov.

Sementara itu, Pakar Ketenteraan Rusia, Kolonel Yury Knutov berkata pada saluran yang sama bahawa sekiranya pegawai-pegawai NATO waras, mereka tidak akan meluluskan idea tentera pengaman tersebut.

“Penghantaran pasukan NATO di tengah-tengah konflik Ukraine akan bermakna pengisytiharan perang ke atas Rusia.


“Ini bermakna, untuk memenangi perang yang mempunyai campur tangan pihak ketiga (Barat), Kremlin perlu menggunakan senjata nuklear,” tegas Knutov.

Ketegangan semakin memuncak selepas Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg berkata bahawa Rusia tidak boleh memenangi perang nuklear dan Moscow perlu menghentikan retorik nuklear yang berbahaya dan tidak bertanggungjawab.

Stoltenberg berikrar untuk meningkatkan kehadiran NATO di Poland berikutan serangan bertalu-talu yang melanda Ukraine.

“Saya menjangkakan pemimpin-pemimpin akan bersetuju untuk mengukuhkan kedudukan NATO dalam semua domain termasuk di darat, udara dan laut,” katanya.

Pemimpin-pemimin NATO dijangka bersetuju menempatkan empat kumpulan gempur baharu di sayap timur perikatan itu di Bulgaria, Hungary, Romania dan Slovakia.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori