Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Datuk Syeikh Fadzil Awang...

ALOR SETAR – Datuk Syeikh Fadzil Awang dilantik sebagai Mufti Kedah yang baharu berkuat kuasa 19 Julai lepas, kata Menteri Besar...

2 Nelayan Sekinchan Dijangka...

SEKINCHAN - Dua nelayan Sekinchan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia pada Mac lepas,...

KPM Bincang Dengan Polis...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan akan mengadakan perbincangan dengan polis bagi meningkatkan kawalan...

Rozana Dakwa Sijil Nikahnya...

Isteri kepada vokalis kumpulan Wings, Awie iaitu Rozana Misbun membuat satu laporan polis...

Rusia Didakwa Mahu Bahagi Dua Ukraine

MOSCOW – Ketua perisikan pertahanan Ukraine, Kyrylo Budanov memberi amaran bahawa Rusia mahu ‘membelah’ negara itu menjadi dua bahagian seperti Korea Utara dan Korea Selatan, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Budanov menuduh tentera Rusia cuba mengaplikasikan ‘senario Korea’ selepas gagal menawan Kiev ketika pencerobohan Moscow terus ditentang tentera Ukraine.

Menurut Budanov, tentera Presiden Vladimir Putin tidak lama lagi akan melancarkan perang gerila di wilayah-wilayah yang diduduki Rusia dalam usaha untuk mewujudkan sebuah wilayah yang dikuasai Moscow.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan Ukraine, Budanov berkata, Putin sedar bahawa beliau tidak boleh menawan seluruh Ukraine dan akan cuba memecah-belahkan negara itu.

“Penjajah akan cuba menjadikan wilayah-wilayah yang diduduki sebagai satu struktur separa negara dan membelah negara Ukraine yang merdeka,’’ tambahnya.


Budanov menegaskan bahawa Rusia cuba untuk menubuhkan kerajaan sendiri di bandar-bandar yang diduduki dan menghentikan orang ramai daripada menggunakan mata wang Ukraine.

Beliau percaya keutamaan Putin kini tertumpu di timur dan selatan Ukraine dengan tentera Rusia melancarkan serangan dari dua arah bertentangan.

Amaran itu dikeluarkan selepas pemimpin Donbas berkata, beliau mahu mengadakan referendum untuk menyertai Rusia. Donbas merupakan rantau Ukraine yang dikuasai oleh kumpulan pemisah pro-Moscow.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori