Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Shalin Sasar Emas Acara...

PETALING JAYA – Ikon tenpin boling negara Shalin Zulkifli menyasar pingat emas acara...

Warga Emas Maut Basikal...

KUANTAN - Seorang warga emas maut selepas basikal yang ditungganginya dilanggar sebuah kereta...

MotoGP: Binder Ganti Hafizh...

PELUMBA dari Afrika Selatan, Brad Binder sah menggantikan posisi Hafizh Syahrin dalam pasukan...

Nilai Semula Diri Untuk...

PUTRAJAYA - Masyarakat disaran bermuhasabah diri dengan menjadikan sambutan Hari Kebangsaan sebagai titik...

Rusia, Ukraine Setuju Laksana Gencatan Senjata Sehari

KIEV – Moscow dan Kiev hari ini bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata selama sehari di beberapa koridor pemindahan bagi membolehkan penduduk melarikan diri dari zon peperangan, kata Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk.

Vereshchuk berkata, Moscow berikrar untuk menghormati gencatan senjata dari pukul 9 pagi (waktu tempatan) hingga 9 malam (waktu tempatan) di kira-kira enam kawasan pertempuran termasuk wilayah-wilayah di sekitar Kiev, Zaporizhzhia di bahagian selatan dan beberapa bahagian timur laut Ukraine.

Orang awam di sekitar Kiev termasuk Irpin dan Bucha akan dipindahkan ke ibu negara Ukraine itu untuk mengelak daripada serangan bom tentera Rusia.

Menurut laporan, penduduk terpaksa berpindah dalam situasi tembakan dan pengeboman bagi menyelamatkan diri daripada terkena serangan.


Semalam, kira-kira 60 buah bas membawa dua konvoi berjaya memindahkan orang awam keluar dari bandar Sumy, 350 kilometer di timur Kiev.

Lebih 5,000 penduduk dipindahkan dari bandar itu, yang terletak berhampiran dengan sempadan Rusia dan terjejas teruk akibat pertempuran sengit.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori