Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Waspada SMS Penipuan Guna...

PUTRAJAYA - Orang ramai diminta berwaspada dan tidak terpedaya jika menerima khidmat pesanan...

20 Cedera, Polis, Penunjuk...

HONG KONG - Polis Hong Kong dan kumpulan penunjuk perasaan bertempur awal pagi...

DBKL Akan Tentukan Kadar...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menentukan kadar sewa untuk...

Jemaah Haji Diminta Tidak...

KUANTAN - Bakal jemaah haji diminta tidak menyembunyikan penyakit mereka daripada pengetahuan Tabung...

Russia Dakwa 1,351 Askarnya Terkorban

MOSCOW: Tentera Russia mendakwa 1,351 askarnya terkorban di Ukraine dan memindahkan lebih 400,000 orang awam dan pada masa sama mengutuk bekalan senjata Barat ke Kyiv.

Pada taklimat Moscow, pegawai kanan tentera memberikan maklumat terkini mengenai kematian tentera Russia dalam beberapa minggu sambil menambah, 3,825 tenteranya cedera.

Seorang pegawai kanan kementerian pertahanan, Mikhail Mizintsev, berkata 419,736 orang awam dipindahkan ke Russia dari kawasan dikuasai pemisah di Donetsk, Lugansk dan seluruh Ukraine.

Daripada jumlah itu, lebih 88,000 adalah kanak-kanak, manakala 9,000 adalah warga asing.

“Russia akan terus membuka dan menyediakan koridor kemanusiaan ke semua arah,” kata Mizintsev.

Seorang wakil kanan Staf Am, Sergei Rudskoi, berkata: “Kami menganggap satu kesilapan besar bekalan senjata ke Kyiv oleh negara Barat.

“Ini memanjangkan konflik, meningkatkan jumlah mangsa dan tidak akan dapat mempengaruhi hasil operasi,” tambah Rudskoi.


“Tujuan sebenar bekalan sedemikian bukanlah untuk menyokong Ukraine, tetapi untuk mengheretnya ke dalam konflik ketenteraan yang berpanjangan,” katanya.

“Sesetengah anggota NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) mencadangkan untuk menutup sempadan. Angkatan bersenjata Russia akan bertindak mengikut,” tambahnya.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, berulang kali menggesa NATO untuk mengenakan zon larangan terbang ke atas negaranya.

Rudskoi berkata, Russia sedang menjalankan operasi ‘di seluruh wilayah Ukraine’.

Beliau mendakwa, Ukraine kehilangan 14,000 tentera, manakala 16,000 lagi cedera.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori