KOTA KINABALU: Kerajaan negeri membenarkan solat berjemaah di masjid atau surau dengan kapasiti penuh dan jarak di antara jemaah berdasarkan saiz sejadah, bermula esok.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah memberi kebenaran itu..
Menurutnya, ketetapan terbabit juga terpakai untuk prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan solat Jumaat dan solat tarawih.
“Tahun ini kita diberikan kelonggaran dengan membenarkan semua masjid dan surau di negeri ini dengan kapasiti 100 peratus dan penjarakan fizikal berdasarkan saiz sejadah.
“Maksudnya, sejadah yang lazim dipakai, iaitu sejadah yang tidak terlalu kecil atau terlalu besar.
“Dari segi saf tidak terlalu rapat, tidak bertemu bahu, tidak bertemu kaki ikut sejadah masing-masing,” katanya di sini, hari ini.
Bungsu berkata SOP lain masih kekal seperti mewajibkan jemaah memakai pelitup muka, membawa sejadah sendiri dan juga pelalian dua dos lengkap.
Beliau berkata, jamuan moreh juga kekal digalakkan makanan berbungkus serta tadarus dihadkan dua jam.
BHonline-