Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Foto Mesra Nora Dan...

MEMANG terbaik! Biarpun mereka sering kali diprovokasi peminat dan netizen di laman sosial...

Pengurusan Projek ECER Dapat...

KUALA LUMPUR : Kelemahan dalam pengurusan projek Sungai Nadi Kehidupan antara satu daripada...

Ulangan Pengekalan Tarif Elektrik...

TENOM – Langkah kerajaan mengekalkan tarif lama elektrik iaitu 1.52 sen bagi setiap...

Bank & Agensi Berkaitan...

PETALING JAYA - Bank dan agensi berkaitan digesa membantu usahawan wanita mendapat pinjaman...

Sah Rafizi Hentam Kromo

Sudah enam hari sejak Raja Formula Rafizi Ramli memperlekehkan saranan Datuk Seri Najib Tun Razak agar kerajaan membantu Sapura Energy Berhad.

Najib telah pun menjawab segala persepsi buruk yang cuba direka Rafizi keatasnya dengan fakta yang lengkap dan padat selepas dicabar berbuat demikian oleh Rafizi.

Namun sehingga hari ini tiada jawapan balas oleh Rafizi sebaliknya berdolak dalih kepada isu lain pula termasuk menuduh netizen yang menyokong Najib telah dibayar.

Masih tertera dalam kenyataan Rafizi enam hari lalu:

“Saya menunggu sama ada beliau akan membalas kenyataan saya ini, seperti mana beliau begitu ghairah menjawab semua isu di media sosialnya selama ini.

“Sekembalinya saya ke arena politik, In Sha Allah setiap idea songsang dari Dato’ Seri Najib Tun Razak akan menerima maklum balas dari saya”

Satu-satunya respons Rafizi selepas segala penjelasan Najib cumalah kononnya beliau sedang mentelaah beribu-ribu dokumen membabitkan Sapura Energy Berhad.

Sebelum membuat sebarang tuduhan sekurang-kurangnya mesti ada bukti yang paling asas, bukan selepas menuduh baru mahu mencari dimanakah bukti mahu bermula.

Tenyata jawapan Rafizi konon beliau sedang mentelaah beribu-ribu dokumen menunjukkan beliau melemparkan tuduhan hentam kromo dalam isu Sapura Energy Berhad.


Barangkali tujuanmnya hanya satu asalkan ada tuduhan dibuat terhadap Najib dan Barisan Nasional (BN) supaya menjadi sebutan orang ramai meskipun menjurus kepada fitnah.

Mungkin sebab itu Rafizi dalam satu kenyataan baru-baru ini menegaskan kepada rakan-rakan politiknya penyokong Pakatan Harapan (PH) perlu diberi ‘bahan’ untuk menyerang.

“Penyokong PH mereka mahukan informasi daripada pemimpin supaya mereka boleh jamu perkara itu jika ada parti lain menyangkal”

Beginilah cara berpolitik Rafizi ganas, kasar dan “barbaric” tanpa ada batas dan sempadan. Politik sebegini yang merosakkan masyarakat dan negara.

Mujur politik Najib dan BN tidak sedemikian. Tidak memulangkan paku buah keras. Masih berteraskan fakta dan kebenaran.

Rafizi tersilap satu perkara. Majoriti rakyat Malaysia hari ini bukan rakyat Malaysia pada 9 Mei 2018. Mereka telah tahu apakah itu politik fitnah dan politik berwibawa.

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori