Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

HFMD: SJKC Chien Chi...

JOHOR BAHRU - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chien Chi, Plentong, di sini,...

Semangat Patriotisme Dan Kebersamaan...

KUALA LUMPUR - Semangat cintakan negara terpancar di setiap wajah ribuan insan daripada...

Berjaya Bina Masjid Hasil...

YOGYAKARTA - Bermula dengan menjual lima ayam kampung ketika bersekolah, Suciati Saliman Riyanto...

Lelaki Orang Asli Ditemui...

KUANTAN - Seorang lelaki Orang Asli, dilaporkan hilang semasa mandi bersama-sama rakannya di...

Sebutan Semula Kes Isma Halil 28 April Ini

Kuala Lumpur : Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 28 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes penyampai radio, Isma Halil atas pertuduhan mengedar dadah pada tahun lalu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu selepas pendakwaan memaklumkan terdapat beberapa lagi dokumen berkaitan kes itu belum diserahkan kepada pihak pembelaan.

Terdahulu, semasa prosiding Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad memohon mahkamah menetapkan satu tarikh baharu untuk serahan dokumen.

Peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar kemudian memcadangkan mana-mana dokumen yang ada diserahkan dahulu kepada pihaknya.

Pada 21 Februari lalu, Isma, 49, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini, atas pertuduhan mengedar dadah selepas pengakuan direkodkan buat pertama kali.

Mengikut pertuduhan, Isma didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram di rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, di sini, 5.35 petang, 27 Ogos tahun lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.


Pada 27 Januari lalu, Mahkamah Majistret, di sini, membenarkan kes Isma dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Ia selepas peguam Adi Zulkarnain Zulkafli ketika itu memaklumkan laporan kimia sudah diperoleh dengan berat dadah itu turun dari 409 gram seperti dalam pertuduhan kepada 374.6 gram.

Kes dadah itu dipindah dan dibicarakan ke Mahkamah Tinggi berikutan hukuman bagi pertuduhan terbabit yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Sebelum ini, Isma dilaporkan sihat dalam penjara selain tiada aduan berkaitan kesihatan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori