Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Dah Rasa Serik Ambil...

AKU kerja engineer. Position tak tinggi mana tapi aku dapat opportunity dari boss...

GPS Sokong Dengan Bersyarat

KUCHING - Penyelesaian isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dikatakan ‘umpan utama’ Gabungan Parti...

KPDNKK Kelantan Rampas 11,016...

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Kelantan...

Polis Tahan 6 Lelaki...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes culik...

Selangor Catat Lebih Separuh Daripada Jumlah Kes Harian COVID-19 Negara

PUTRAJAYA: Lebih separuh kes harian COVID-19 di negara ini dicatatkan di Selangor iaitu sebanyak 11,692 kes.

Ini adalah hari kedua berturut-turut negeri berkenaan mencatatkan pertambahan kes COVID-19 melebihi 10,000 kes.

Kelmarin, Selangor mencatatkan sebanyak 10,240 kes.

Mengenai kes harian, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata semalam negara melaporkan 24,316 kes baharu COVID-19, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak berkenaan, 4,079,242 kes.

“Kes yang dikesan semalam membabitkan 297 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dengan 24,019 kes lagi adalah tempatan. Secara keseluruhannya, kes paling tinggi adalah dalam kalangan pesakit kategori satu iaitu sebanyak 13,299 kes.

“Ia diikuti dengan kategori dua dengan 10,865 kes, kategori tiga (75 kes), kategori lima (45 kes) dan kategori empat (32 kes),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada keseluruhan 152 kes pesakit kategori tiga hingga lima itu, sebanyak 53.29 peratus atau 81 kes membabitkan individu yang berusia 60 tahun keatas.

“Selain itu 50 peratus atau 76 kes mempunyai komorbid, sudah menerima dua dos vaksin namun tiada dos penggalak (61 kes), sudah menerima dos penggalak (48 kes) dan tidak divaksin atau belum lengkap vaksin (43 kes),” katanya.

Sehingga kini, daripada jumlah kes aktif, terdapat 321 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 139 kes disahkan COVID-19 serta 182 kes lagi disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

“Bagi kes dalam ICU dan memerlukan alat bantuan pernafasan, setakat ini terdapat 194 kes iaitu 90 kes disahkan COVID-19 serta 104 kes disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan,” katanya.


Mengenai empat kluster baharu hari ini, Dr Noor Hisham berkata, ia menjadikan sehingga kini terdapat 251 kluster yang masih aktif di negara ini.

Perkembangan itu menjadikan setakat ini sebanyak 6,922 kluster berjaya dikesan sejak penularan COVID-19.

Mengulas mengenai kes sembuh, jumlahnya kekal melebihi kes baharu COVID-19 di negara ini iaitu sebanyak 25,512 kes dilaporkan setakat semalam.

Perkembangan itu menjadikan sehingga kini sebanyak 3,796,975 individu sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan berkenaan.

Mengenai fasiliti kesihatan di negara ini, Dr Noor Hisham memaklumkan enam negeri mencatatkan penggunaan katil di ICU melebihi 50 peratus iaitu Putrajaya kini sudah mencecah 100 peratus.

Lima negeri lain ialah Kuala Lumpur dengan 67 peratus, Selangor (59 peratus), Perlis (55 peratus), Johor (53 peratus) dan Kelantan (52 peratus) serta tiada negeri yang menunjukkan peratusan melebihi 50 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19.

Selain itu, lapan negeri menunjukkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 50 peratus iaitu di Selangor (79 peratus), Putrajaya (72 peratus), Kuala Lumpur (64 peratus), Terengganu (60 peratus), Melaka (59 peratus), Perak (57 peratus), Sarawak (55 peratus) dan Negeri Sembilan (54 peratus).

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori