BEIJING: China mengenakan perintah berkurung terhadap sembilan juta penduduk di bandar Shanyang yang berjiran dengan wilayah Liaoning bermula semalam.
Pihak berkuasa kesihatan China merekodkan sebanyak 4,770 kes jangkitan baharu di seluruh negara, dengan peningkatan mendadak di wilayah Jilin.
Sebanyak 47 kes baharu direkodkan di Shenyang, menyaksikan penduduknya tidak dibenarkan keluar jika tidak menunjukkan bukti negatif Covid-19 dalam tempoh 48 jam.
Sebelum ini, beberapa bandar dan wilayah sudah pun dikenakan perintah berkurung ketika China merekodkann peningkatan kes dalam tempoh dua tahun.
Malah, China turut merekodkan dua kematian pertama dalam tempoh tersebut.
Polisi China untuk mengekalkan sifar Covid-19 juga dilihat semakin tersasar jauh.
UtusanOnline-