KUALA LUMPUR – Kerajaan memaklumkan sempadan negara akan mula dibuka pada 1 April depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut bersandarkan kepada tiga perkara asas iaitu memberi keselesaan kepada pengembara dan tidak merumitkan perjalanan, berpandukan sains serta fakta terkini berkaitan Covid-19, selain membandingkan keperluan pembukaan sempadan dengan negara-negara lain.
AKAN MENYUSUL
SinarHarian-