Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bapa Meninggal Dunia Pada...

PILU hati seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015, Nur Fatin Nasrudin Hashim apabila kehilangan...

Skuasy Dunia: 2 Pemain...

KUALA LUMPUR - Dua pemain negara, Ong Beng Hee dan Mohd Nafiizwan Adnan...

Haiza Kesal Persepsi Negatif...

PETALING JAYA - Penyanyi Haiza kesal apabila diberi amaran tentang cara pemakaiannya ketika...

Usaha UMNO Salur Pelbagai...

KUALA LUMPUR - Selama 71 tahun ditubuhkan, UMNO yang menjadi tunjang kepada kerajaan...

Serangan Houthi Di Riyadh Tidak Jejaskan Kedutaan Malaysia

PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh setakat ini disahkan masih lagi berada dalam keadaan selamat susulan serangan dron pemberontak Houthi ke atas ibu kota Arab Saudi itu baru-baru ini.

Lokasi serangan itu terletak di Al Misfat, kira-kira 40 kilometer dari canseri Malaysia yang bersebelahan kedutaan Turki dan Maghribi di Diplomatic Quarter.

Wisma Putra menerusi satu kenyataan berkata, Malaysia mengutuk keras siri serangan pemberontak Syiah itu yang menyasarkan beberapa loji bahan bakar di Arab Saudi.

“Insiden sebegini telah pun mengakibatkan banyak kemusnahan harta benda dan Malaysia menzahirkan perasaan simpati kepada mereka yang terjejas akibat serangan itu.

“Pada masa sama, Malaysia menolak sebarang bentuk keganasan serta menyeru komuniti antarabangsa menggerakkan usaha menamatkan ketegangan dan memulihkan keamanan,” katanya.

Jelasnya, Malaysia turut mengulangi pendirian untuk terus menyokong penyelesaian secara damai dan inklusif bagi mengakhiri konflik berdarah di Yaman menerusi proses dialog dan rundingan.


“Usaha itu juga meliputi inisiatif Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu ke Yaman, Hans Grunberg untuk mencari solusi di negara miskin yang bergolak tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan serangan pada pagi 11 Mac itu menggunakan tiga dron model UAV-X dikenali Samad-3 yang lazim digunakan kumpulan pengganas Houthi di Yaman.

Ia jelas menyasarkan loji penapis petroleum milik kerajaan negara itu, Saudi Aramco namun hanya mengakibatkan kebakaran kecil yang berjaya dikawal dan tiada juga kemalangan jiwa.

Pemberontak tersebut turut melancarkan dua lagi serangan secara serentak dengan enam dron Samad-1 terhadap fasiliti syarikat minyak itu masing-masing di bandar Jizan dan Abha.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori