Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

iM4U Dijenamakan Semula Sebagai...

MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan 1Malaysia for Youth...

Bajet Lulus: Pembangkang Tewas,...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat lewat Isnin malam meluluskan bacaan kali kedua...

Puad Zarkashi Berdepan Saingan...

BATU PAHAT : Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad...

Ketepi Perbezaan, Beri Sokongan...

MIRI - Penyokong BN Sarawak perlu mengetepikan segala perbezaan antara mereka dan memberi...

Shafie Apdal Jangan Lempar Batu Sembunyi Tangan

Presiden Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menggunakan pendekatan politik melampau.

Mendakwa partinya tewas dalam PRN Johor kerana sentimen kenegerian gara-gara tidak dapat menerima hakikat rakyat telah kembali kepada BN.

Menuduh BN memainkan sentimen Warisan tidak seharusnya berada di Semenanjung Malaysia kerana parti itu berasal daripada Sabah.

Ini tuduhan yang sangat serius. Shafie Apdal perlu memberi penjelasan lanjut berserta bukti. Tidak boleh lempar batu kemudian sembunyi tangan.

Shafie Apdal perlu “walk the talk”. Tuduhan beliau itu akan terpalit kepada rakyat Johor. Seolah-olah rakyat Johor bersentimen kenegerian kerana itu menyokong BN.

Mungkin beliau terlupa bahawa Warisan adalah parti yang bersemangat kenegerian. Kita tidak lupa tentang kempen mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Begitu juga kempen Warisan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah iaitu Sabah harus dipimpin oleh parti dari Sabah. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Ironinya majoriti rakyat Sabah yang telah lama bermastautin di Johor turut mengundi BN pada 12 Mac lalu. Mereka tidak pun mengundi parti Warisan.


Faktanya tiada lagi sentimen kenegerian melampau dalam kalangan rakyat Malaysia. Yang melampau cumalah Warisan dan Shafie Apdal.

Barangkali sentimen kenegerian yang masih ada pun tentang sukan. Itupun telah ditunjuk jalan keluar oleh kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Walaupun pasukan itu berasal dan beroriginkan bola sepak Johor, tetapi pemainnya daripada seluruh pelusuk tanah air.

Tiada sentimen kenegerian dan yang ada cumalah sebuah sukan bertaraf profesional, terbuka serta melangkah maju ke hadapan.

Justeru, selamat tinggal Warisan kerana anda telah tertinggal bas dan masih berada dalam ruang dimensi gelap khianat, dengki dan busuk hati.

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori