Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lagi Bangkai Dugong Jantan...

JOHOR BAHRU - Seekor dugong jantan ditemui dalam keadaan sudah mati terdampar di...

“Bagaikan Kiamat”-Saksi, Angka Korban...

HATAY : Pasukan penyelamat di Turkiye dan Syria dikatakan menggali kawasan runtuhan tanpa...

Daesh: Kerajaan Kelantan Beri...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa terutama polis dalam...

Haram ‘Cosplay’ Ala Dewa,...

JIKA anda peminat anime dan kebetulan pula gemar menggayakan kostum cosplay watak adi wira...

Siapa Pemilik Sebenar MySejahtera?

KUALA LUMPUR: Penjelasan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai kontroversi MySejahtera baru-baru ini yang kurang jelas, menimbulkan persoalan sama ada terdapat pihak yang mengaut keuntungan daripada aplikasi itu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Senator Datuk Seri Zurainah Musa berkata, kenyataan KKM tidak menjelaskan secara terperinci hubung kait individu dan syarikat yang terkait dengan pengurusan aplikasi itu, iaitu KPISoft Sdn Bhd (KPISoft) dan MySJ Sdn Bhd (MySJ).

Sehubungan itu, beliau menggesa Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mendedahkan perkara itu di Dewan Negara, bagi menjernihkan situasi berkenaan.

“Apakah hubungan antara semua individu dan syarikat, termasuk pemegang saham yang terbabit dalam MySejahtera, termasuk KPISoft dan MySJ. Apakah benar ia ada kaitan dengan syarikat Singapura?

“Penjelasan KKM baru-baru ini tidak menyentuh hubungan watak yang terbabit hingga menimbulkan syak bahawa ada pihak yang membuat duit ‘atas angin’, hingga menjejaskan keselamatan negara kerana pembabitan syarikat Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 17(1) bagi mendapatkan penjelasan Menteri Kesihatan mengenai kontroversi MySejahtera di Dewan Negara, hari ini.

Zurainah pada masa sama turut menggesa KKM mendedahkan kandungan kontrak pembangunan dan pengurusan MySejahtera, khususnya sama ada terdapat klausa jelas yang memberi jaminan pada keselamatan data pengguna aplikasi itu.


Beliau turut bertanya lokasi sebenar data rakyat Malaysia dalam MySejahtera disimpan, sama ada pangkalan data bagi aplikasi itu berada di dalam atau di luar negara.

“Soalan terakhir, apakah model perniagaan dan kos operasi aplikasi MySejahtera, serta siapa yang membiayai dan adakah terdapat perancangan memastikan ia boleh menjana kewangan sendiri untuk membiayai kos berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Senator Datuk Koh Nai Kwong menegaskan kerajaan sepatutnya menguruskan sepenuhnya MySejahtera sekiranya KKM mahu terus menggunakan aplikasi itu, berbanding membiarkan ia diuruskan pihak swasta.

Katanya, jika KKM tiada kemahiran atau tenaga kerja bagi mengendalikannya, pihak ketiga yang menguruskan MySejahtera perlu dikenakan had tertentu, khususnya dalam mengendalikan data pengguna.

“Persoalan utama ialah siapa akan menjadi pemilik MySejahtera? Adakah KKM masih mempunyai hak ke atas aplikasi ini atau ia akan dimiliki sepenuhnya oleh MySJ.

“Selain itu, kerajaan perlu tentukan secara jelas siapa yang memiliki kuasa untuk membuat keputusan berhubung kebenaran untuk menggunakan data 38 juta pengguna MySejahtera, kerana adalah tidak wajar hanya satu individu yang menentukan perkara ini,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori