Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

KPDNHEP Selangor Rampas Diesel...

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor...

5 Divo: Afghan, Taufik...

KUALA LUMPUR - Penyanyi terkenal Indonesia, Afghan akan membuat kelainan dalam Konsert 5...

Kedah Cadang Bina Stadium...

ALOR SETAR - Kedah bercadang untuk membina sebuah stadium bola sepak baharu yang...

545 Saman Dikeluarkan Dalam...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 545 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan trafik dalam Op...

Singapura Bakal Buka Kedutaan Di Tel Aviv

GLOBAL l Singapura akan membuka kedutaan di Tel Aviv, Israel, bagi mengukuhkan hubungan inovasi antara kedua-dua negara, menurut Kementerian Luar (MFA) republik itu pada Isnin.

MFA menerusi satu kenyataan memaklumkan, kedutaan itu akan menjadi pusat tumpuan dan menyokong syarikat Singapura yang ingin menjalin kerjasama dengan rakan kongsi Israel.

Menteri Hal Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan yang kini berada di Israel berkata kedua-dua negara harus memperkasa kerjasama dalam bidang baharu seperti teknologi pertanian makanan, teknologi kesihatan, Kecerdasan Buatan (AI), dan pendigitalan, setelah dunia pulih dari pandemik Covid-19.

Pada Ahad, Singapura menzahirkan hasrat menubuhkan pejabat perwakilan di Ramallah bagi memudahkan kerja-kerja penyelarasan Pakej Bantuan Teknikal Dipertingkat (ETAP) bagi rakyat Palestin bernilai S$10 juta.


Pejabat perwakilan itu bertanggungjawab menyelaras bantuan teknikal dan menyokong usaha wakil Singapura untuk pihak berkuasa tempatan.

Hasrat itu disampaikan Menteri Hal Ehwal Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan ketika bertemu rakan sejawatannya Dr Riyad Al-Malki di Ramallah.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori