Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Perempuan Tak Pakai Pelitup...

Khairy Jamaluddin melabelkan aktivis perempuan yang mendakwa berlaku 5 kematian melibatkan remaja akibat kesan sampingan vaksin Covid-19 sebagai seorang penipu.

Pintu Kaca Balai Polis...

MELAKA - Kejadian aneh apabila sebuah pintu kaca di Balai Polis Banda Hilir...

Semut Buat Laporan Polis...

SHAH ALAM - Pemantau Media Sosial Pasukan Sensible, Ethical Malaysian United Team (SEMUT)...

Itu Kerajaan Mahathir Bukan...

KUALA LUMPUR - Hanya Tun Dr. Mahathir Mohamad yang akan menentukan siapa menteri-menteri...

Suami Isteri Didakwa Bunuh Eric

Kuching : Pasangan suami isteri dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh kanak-kanak berusia empat tahun, Eric Chang Wei Jie, awal bulan ini.

Tertuduh, Ling Kok Liang, 51 dan isterinya Wendy Chai Xue Zhen, 36, didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 5 petang 4 Mac hingga 9.15 pagi, 7 Mac lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, Tan Chuan Yi di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam berikutan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Zaiton kemudian menetapkan 9 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Beliau turut memerintahkan kedua-dua tertuduh ditahan reman di Penjara Puncak Borneo sementara menunggu tarikh berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, pasangan terbabit yang juga penjaga kanak-kanak berkenaan didakwa secara bersama membunuh kanak-kanak itu di rumah bernombor 1493, Lorong 2, Taman Riverview, Jalan Daya, Bintawa, di sini.


Pada 7 Mac lalu, ibu mangsa, Dynasty Chang Ka Hui, 25, membuat laporan polis di Balai Polis Bintawa berhubung kehilangan anak lelakinya selepas gagal mencari anaknya itu yang dilaporkan hilang dari rumah penjaganya.

Berikutan itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan pencarian dilakukan di kawasan Bintawa.

Bagaimanapun, hasil perkembangan lanjut siasatan, kes berkenaan kemudian diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada 13 Mac lalu.

Berdasarkan maklumat daripada tertuduh, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan di kawasan Muara Tebas, di sini.

Operasi yang membabitkan anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagaimanapun dihentikan 19 Mac selepas tujuh hari pencarian gagal menemui sebarang petunjuk.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori