Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Projek NFC Bakal Dikemudi...

JOHOR BAHRU - Langkah penjenamaan semula projek Ternakan Lembu Tempatan oleh Pusat Fidlot...

Facebook Mahu Terbit Akhbar...

TENNESSEE, Amerika Syarikat – Laman sosial popular dunia, Facebook bakal menerbitkan akhbar digital...

Ngeri! Buat ‘Live’ Mayat...

GILA! Seorang remaja menggunakan aplikasi 'live' Instagram untuk merakam detik-detik kematian adiknya. Tindakan...

DCA, 3 Lagi Berjaya...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Jabatan Penerbangan...

Suami Isteri Maut Motosikal Rempuh Lori Melintang Jalan

ALOR SETAR: Sepasang suami isteri maut bersama, selepas motosikal dinaiki mereka terbabit nahas dengan lori di hadapan kilang beras dekat Kampung Bukit, Pokok Sena malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata dalam kejadian jam 8.30 malam itu, pesara polis, Johari Che Saad, 59, bersama isterinya, Latipah Mohamad, 55, meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah.

Beliau berkata, siasatan mendapati motosikal Yamaha LC yang dinaiki pasangan itu dalam perjalanan dari Naka menghala ke Pokok Sena, manakala lori dipandu lelaki berusia 35 tahun itu dari bahu kiri jalan menghala ke arah Pokok Sena.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika pemandu lori itu mengundur dan melintang atas jalan sambil diawasi kelindan berusia 61 tahun yang menjaga lalu lintas.

“Bagaimanapun, motosikal pasangan itu sedang bergerak lurus tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang sebelah kiri lori terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Ahmad Shukri berkata, berikutan kejadian itu, pasangan itu meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu lori dan kelindannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat pasangan itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori